Rabu, 25 November 2009


Salam,

Dah lama betul la kota girl tak update blog rasanya.. skang ni semenjak jiwa asyik kaco jek mmg la tak dan nak mengupdate blog. sengal otak sakit jiwa mental sumer nya terganggu. apa nak jd pun tak tau la skang ni dah. sengal kota girl makin menjadi2.. rasanya thn ni 6 bulan terakhir utk menghabiskan tahun 2009 ni mmg la seksa rasanya.

Skang ni mmg la tgh jiwa kaco.. tahap mental dah ni rasanya.. sakit nya hati tak tau nak kata.. apa la ubatnya.. esok lusa dh nak raya haji.. org sumer dh buat persiapan nak blk beraya. hepi jek bila kota girl jengah kat fb. tp kota girl tak de perasaan lgsg nak blk beraya. mak pun dh tanya blk ke tidak. mmg tak de perasaan la.

tgk keadaan kwn2 kota girl. masing2 ada masalah tersendiri.. kadang tu nak cerita pun tak sanggup. tp tak leh nak tahan. ada tempat nak mengadu tp itu la yg menjadi punca masalah besar skang ni. apa la nak jd dengan kota girl ni?

Selasa, 17 November 2009

Eksiden!

Salam,

huhu... akhirnya mencium jugak jln sekali lagi... mlm mgu hari tu kota girl eksiden dengan tunang kota girl... skang ni kat umah mc smgu... sepatutnya ahad tu kota girl dh pun ada kat tempat kursus kat tg malim. tp apa boleh buat.

pg sabtu tu kota girl bgn pg2 cek sekali lagi duit kat maybank2u. malam tu kota girl cek tak de pun.. dr pagi la bleh dikatakan cek kat maybank2u duit loan tu. alah bukan byk pun 2k jek. tp sbb kan terdesak nak anta combi kebengkel untuk tukar clucth tu.. mmg jd kalut la dok nengok kat maybank2u. yer la.. combi tu dah sakit kota girl plak nak berjln jauh. bertekak jugak dengan tunang kota girl pg tu. mau tak. dia kata tak payah anta dulu. biar dia anta kota girl pg kursus pastu anta combi ke bengkel. tak payah la nak cepat2.. nnt takut buat pun tak betul. kota girl ni bukan apa. takut duit tu terguna nnt.. selama ni dgr ckp tunang kota girl la combi tu asyik tertangguh jek. skang mmg tak nak dah.

pg tu mmg kami setel kan combi. lepas mkn bekpes kat bangi kami pg beli brg2 combi yg nak ditukar tu. beli absober jek.. pastu kebetulan clutch pun brg2 dia murah skit. so beli jugak la. konon nak jimat. tp kira2 sama jek dengan harga upah tu. kami pg jugak la anta kat unkel tempat satria buat kete dia.

mlm tu sah2 ujan jek dr ptg. tunang kota girl dtg amik bwk pg mkn. lepas mkn kami nak la pg pasar mlm kat bangi tu. kat situ la kami kene langgar. bukan salah kami la kan.. mmg buta2 salah kete tu. entah la. pelik. mmg nak terkene agaknya. selama ni tunang kota girl tak penah plak nak terus jek jln nak ke pasar tu. biasa belok ke kiri. tp entah nape mlm tu dia terus plak. nak terkene betul. kota girl pengsan kat tgh2 jln tu. ni nak citer berdasarkan apa yg tunang kota girl citer.

kami nak terus. ada la kete dr tgh2 tu terus bg signal ke kiri terus belok ke kiri n langgar kami. sedangkan jln dia tu sepatutnya dia kene terus. sah2 sebelah dia pun ada gak kereta. tp kereta tu nampak la kan dia bg signal. dh salah jln tu cari la tempat nak buat u turn. ni tak. terus belok gitu jek. tak puas hati betul. tunang kota girl cedera kat pinggang tp dia tak cek pun mlm tu. kota girl diorg anta ke klinik az zahrah. tp di sbbkan doktor saspek ada pendarahan dalam otak diorg tolak kota girl ke hospital serdang. dlm ambulance tu la kota girl baru sedar. nampak tunang kota girl samar2 jek pandangan kota girl.

doktor mmg nak tahan. sbb nak buat lagi pemeriksaan kat kepala. kota girl tak mo. mmg tak suka dok hospital. so diorg tunggu la kalo kota girl muntah2 atau pun pening tak ilang lagi. mmg nak tahan. tp kota girl nak muntah pun kota girl tahan. pening2 tu jgn ckp la. smp skang ni masih ada lagi. tp dh berkurang skit dr dulu. kalo tak tu asal nak gerakkan kepala jek mesti pening. mcm darah tu turun dr otak bila di tungging kan kepala. skang ni kalo dh baring nak bgn mesti seksa skit. sbb pening. terasa mcm darah tu turun dr kepala.

tak tau la mcm mana perasaan tunang kota girl masa tu. yg pasti skang ni dia tak pg lagi cek keadaan pinggang dia. risau kota girl. dia kata nak setelkan kota girl dulu. kalo apa2 jd nnt susah. tak de sape doktor nak cari. dia pun nak tau gak keadaan kota girl mcm mana.

Jumaat, 13 November 2009

16/11 - 20/11

Salam,

Dari awal tahun kota girl mengapply kursus di setiap tempat.. baru yg ini tersangkut.. 16/11 - 20/11 mgu hadapan kota girl akan berkursus di Tg. Malim perak. mungkin ni la peluang kota girl nak menenangkan diri utk sekian lamanya kota girl mirgrain dengan mcm2 masalah yang menimpa.... sengaja kota girl mintak kat tg. malim. bukan apa.. sah2 la tu dekat sgt2 dengan kampung kota girl. dr tempat kursus tu tak samp 5minit pun nak masuk ke kg. mmg jln ke kg la kiranya. kira tempat kursus ni depan. masuk dlm skit dah kg.

dulu2 kalo kota girl tensen, atau ada jek apa2 yang memeningkan kepala.. penat bekerja mmg rajin la blk kg. sejak dr skolah lagi. kg ni kg belah ayah kota girl. mak smp bising2. apa2 pun skit2 nak blk kg. tp sejak 4thn kebelakangan ni.. cuma time raya jek kota girl blk. entah la kenapa. pening kot makin menjadi2 kan. ingat bleh gak la setelkan pblm tu kalo tak lari blk kg pun. jd ni la peluang kota girl nak merelekskan otak.

waktu kursus terhad ke office hour jek. mungkin mlm pun akan ada jugak kelas... kalo tak de tu bleh la lari blk kg. ehehehe.... tak jauh kan.. kalo nak tdo kat kg pun boleh sebenarnya.. tp malas la.. nnt ada jek la mak itam kota girl tu nak ckp2.. mak itam kota girl ni ok jugak sebenarnya.. yer la dr kecik dia penah jugak la bela kota girl ni masa kota girl dok skolah kat kg tu.. cuma dia ni apa2 pun tak puas hati sker ckp2 belakang.. tu yg malas tu... nnt kang kalo dok kat kg masa time berkursus ni mana tau ada jek cerita dia nak cerita kat anak2 dia.. kat anak2 ok lagi.. kot kat org kg kang yg mana bertanya tu kan nape kota girl ada kat kg smgu.. cerita yg betul tak pe gak.. buatnya dia kata cerita tak betul.. huhuhuhu.. ada gak la panas telinga dengar nnt.

erm... kat kg tu boleh jugak la kota girl p ngular kemana2 yg selama ni ada jek kota girl pg utk tenang kan pkran.. contohnya cm kat Sg.Bil... hehehe.. tu air terjun sbenarnya.. jgn tak tau tu jugak la kg Mazidul Akmal pengacara 360 tv3 tu.. huhuhu.. tak sker pun kota girl ngan dia.. belagak ngat.. ekekekeke.. nyampoh la ngan dio.. hahahah.... biasa nya kg tu kalo tghri mmg la panas.. adehh hai... tu yg asal tghri jek mesti lari p mandi kat air terjun.. dah dok 2 3 jam kat situ agak2 ptg skit blk la.... hehehhe.... tp skang ni kan musim ujan.. kalo nak pg tghri agak nya tak leh la lama2.. bahaya kalo air utama turun.. mau hangut dibuatnya...

smgu kat tempat kursus nnt.. mungkin puas la hati tunang kota girl.. sejak dua tiga hari lepas asyik bergaduh jek dengan dia.. smp kota girl rasa tekad nak tinggalkan dia.. smlm, sebut jek nak tinggal n putus dah hubungan terus dtg kat opis ni.. tu yg malas tu.. susah betul. ada jugak la yg tak syok nnt kalo org lain nampak kan. dia mmg gitu. tak pe.. mungkin smgu kota girl pg kursus ni kota girl nak pk semasak2 nya. tp kalo dh aman n tenang pkran kat sana. bila blk sini mesti ada blk masalah. nak2 kalo dia dtg carik kota girl... tensen tu jd blk la.. dah smgu direct kene migrain. ni pun tgh sakit kepala tgu masa nak kene lagi ni.. dah tangkap dah urat mata ngan urat gg.. ishk2... bila tah la nak hidup aman....

Khamis, 12 November 2009

tenang skit

Salam, setelah beberapa hari kota girl tensen smp sakit kepala sbb migrain tak ilang2 selama beberapa hari.. ecehh... baru la ari ni kota girl lega sedikit.. mau tak nya... smlm.. lepas penat otak ni nak berpk.. kota girl mmg nak gamble jek apa nak jd... lantak la.. tgu masa lepas tu buat apa jek yg dtg...... mmg dah ilang sabar dah ni.. byg la dr bulan sebelum raya kota girl dh merancang utk apa jd akan dtg smp bulan 12 ni la kan.. sumer nya tak menjadi.. malah makin menjadi2 teruk nya.....

combi. cuma sempat tukar tayar seken hen oleh tunang kota girl ari tu.... clutch? dh abis.. tak leh nak jln. sbb takut... tu pun jln gear 5 pun tak leh masuk.. sah2 dah mula mati2 enjin... pening tu jgn ckp la.... satu perkara besar yg menanti bulan 12 ni la... huhuhu.. mmg la tensen... pening...

kota girl dengan pblm duit.. si blackbiba dengan masalah boipren dia.. sian tu jgn ckp la kan kota girl ni kat dia.. tp mmg la.. kalo dah sayang susah utk kita nak buang... masalahnya hanya kita saja nak ke tak nak buat... ermmm.... bzwoman? takat ni hidup dia berjln lancar... walaupun dia tak de boipren.. tp dia releks jek.. tak kusust2 pkran.. kalo ada desakan pun mungkin dr ayah dia jek.. yg lain ok.. tak de masalah.. berjln lancar.. cuma bz dengan keje la dia... ermm.... skang ni dia pun dh mula start buat keje2 kat luar.. masak gak.. nak tempoh jem.. bukan apa pun. p anta dokumen la itu la ini la.. ptg plak nak blk sibuk jem.. ishk2... nasib baik la ari tu dia sibuk nak gak beli oto.. dah agakla tu benda nak jd ni.. ekekekkeke

ermm... ari sabtu lepas.. diorg wat la program men boling... mmg tak menyeronokkan betul kat kota girl... mau tak.. geram jek tgk bola boling tu.. sah2 dah lama tak main... tp bila tiba nak main tak boleh nak main pulak.. mana tak nya kalo tgn tu dah terkehel kan.. sengal! tunang kota girl pun tak mo bg gak main.. alahai.... gian tul nak men boling... lepas ni ada duit ke tak de duit ke ada kwn ke tak de kwn ke.. mmg nak gak la p men boling.. nak prektis blk.... pastu bleh la masuk blk apa2 tournement diorg wat kat opis ni psl boling.. huhuhu...... lagi pun itu jek cara nak ilangkan tensen. dok tahan2 jimat2 duit tak jugak cukup2 lagi ada jek yg tak kene.. last2 melopong...

ahad tu plak kwn tunang kota girl dtg dr kg.. selama ni dia dok kat kg dah lepas masalah dia tu melanda.. tp ok la.. kat kg rupanya mcm2 projek dia buat.. so turun kl tu nak menguruskan urusan projek tu la... teman plak dia p beli baju kat mines... ishk.. masak la kan... penat tu nak tgu lelaki pilih baju mcm pmpn pilih baju.. hahahaha... lama tul dia memilih..... huhu....

mgu ni kota girl nak pegi kursus dah... kursus yg kota girl mintak dr awl thn.. cuma ni jek yg melekat.. tiba masa nak pg still gak ada pblm.. mau tak kalo dah salah rancang salah pilih tarikh.. tak ingat plak la bulan 11 ni gaji lmbt. alahai... nak pg kursus gaji blom lagi kuar.. sengal tu nak pakai duit minyak tol.. tempat kursus ni kota girl amik dekat ngan kg.. ekekeke. bleh ngular ke kg sbenarnya.. tp dh clutch ni tak de.. alahai.. tak de la nak ngular selalu ke kg... skang ni kan musim buah.. mana tau kot2 ada buah gik kat kg tu..... raya ari tu tak dpt jumpa opah.. mak itam dh bwk opah ke kl umah anak dia.. ermm.. so bleh la tgk opah tu.. dia tu pun dah tua.. mau dah nyanyuk kot... huhuhu.... ritu pun asyik dok tanye kota girl tak blk kg ke? sah2 dia tanye tu kat kota girl jugak... ekekekeke....

Rabu, 11 November 2009

STUPID!

mangkuk tul.. ada ke tak lepas gak 3k. mau kota girl tak naik giler.. dh itu pun susah sgt nak lepas tak payah buat.. tp kota girl sengal la nak pk mcm mana nak setel duit mak yg kota girl pinjam tu.. janji ari ni nak bg blk.. mau tak.. dia pinjam kat kwn dia... sengal la kota girl.. konpiden kan dpt duit tu.. tahap migrain jgn ckp la dah kota girl ni.. mmg kota girl sakit hati tul... mgu lepas jek ada la sehari dua jek kot tak sakit pala. selebih tu migrain jek kepala kota girl ni.. eiiiii.. GERAMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!1

Jumaat, 6 November 2009

Giler ker aper?

Sakitnya hatiiiiiiiiiiii...! tayar combi bleh pecah biler2 masa jek! tensen nya la dgr smlm... smp kota geram angkat tayar terkehel kt siku... sedih jek.... nk tgu duit mgu dpn pun mau tak sempat...... nk nangis dah rasanya....

pg smlm kota girl kuar nk pg buat aligment combi tu jugak... mmg dah tahap gaban la kritikalnya tayar tu kn... satu ke satu kedai kota girl pg semua tak boleh buat... dr kt bangi ke serdang... last2 bgtau jugak tunang kota girl... boleh plak tunang kota girl tu tak cayer kan.. aper gik dia pun siap soh bwk kat sana tuk p kedai kt sana plak... jawapan yg sama jugak kami dpt... tp kali ni cina tu ckp keadaan tyr tu yd dah bengkak n benang kt dlm tu dh putus.. dh mmg tgu pecah jek... silap2 hb mmg tgh2 bwk tu bleh meletup.

kota girl dgr apa gik... bengang la kan.. yer la mana ada duit nk tukar tayar walaupun tayar seken jek... dengan bengang nya sambil bebel2 kt tunang kota girl kan, kota girl angkat la tayar tu nak tgk la keadaan tayar yg kata dh teruk tu kn... dengan kasar n sebelah tgn jek ngangkat tayar tu... tetiba bunyik kreekkk... adoi ai.... tp kota girl buat tak tau jek la kaber cungggg gik depan2 tunang kota girl tu... nk2 ada cina kedai tu kan... smp opis baru rasa tgn tak leh gerak... sengal nyaaaaaaaaaaaa... tensen.. dh la sibuk nk cari duit beli tayar tu... tp last dpt jugak la walaupun seken jek.....

mlm jgn ckp la tak leh tdo... p klinik sblm tu berbugkus tgn... amik ko... huhuhu.... seksa nya la nk mandi.. pakai baju... alahaiiiii.... ni pun menaip sebelah tgn jek.... mkn pun sama.. tensen nyaaa... ishk..... sengal tul la....

Khamis, 5 November 2009

tensen

Giler... kota girl ni mmg dah nak naik giler sbb tensen ngat ngan pblm yg tak leh nak setel ni.. semlm satu hari suntuk susah hati.. dh tahap gaban dah susah hati nya.. loan kota girl skali lagi tak lepas.. Ya Allah..... nape la jd lagi mcm tu... pg2 lagi kota girl dah gelisah... kota girl msg tunang kota girl tp tak dpt.. mmg bermasalah sgt2 smlm smp kami gaduh.... geram mmg geram la kan.. jgn ckp la bab tu.. kota girl dok cari satria.. tak dpt gak pg tu... cari la pulak bzwoman.. harap kat dia jek smlm nak luah.. tp tak byk gakla.. sikit jek..sbb dia pun bz... sian kat dia plak....

smp ke ptg tak senang duduk.. hohoho.. ada la satu kes ni yg kota girl malas nak amik pot benornya.. ada la sorg mamat ni nak kenal ngan kota girl.. bleh dikatakan org besar2 gak la kan... malas nak layan.. bukan apa... yer lah.. bahaya la lyan org2 cm dia ni.... silap2 hb kita plak yg terkena.. ekekekkek..... so tensen punya pasal smlm kota girl kuar jek mkn tghri dengan dia.. kejap jek la..sah2 dia bz.. wakkaakkaka.. amik ko bg puas hati la kan.. sibuk nak jumpa.... nak tgk rupa la tu tp kompom tak puas hati sbb kota girl p keje ni bertudung.. hehehe... time tak keje tak la pakai tudung.. siap sound kat kota girl tak pakai tudung lagi cantik.. cisss....

blk smlm mmg la ujan... tensen punya pasal blk lepas maghrib kota gril dok terperuk dlm bilik paksa diri ni tdo jek. sib baik berjaya tdo.. ingat nak bgn tgh mlm nak baca yasin bagi tenang skit diri ni... terlalu byk masalah la.. smp dah tak tertanggung dah rasanya.... tp tak pe... in 'allah akan ok jugak nnt.. mcm pg ni kota girl ok dah skit.. tp yg pasti mmg nak gk baca yasin bg jiwa tenang.. jiwa tu penting......

Selasa, 3 November 2009

kwn2 ku....

adesss hai.. ari ni ada satu kes kwn kota girl si blackbiba ni... sian ngan dio ni tp tak paham satu jek kan... apa kes nak tgu mamat tu? dah la panas baran tak bertempat plak tu.. cemburu buta pun tak bertempat.. mula2 kwn dulu kota girl dah nampak dah pangai mamat ni mmg len mcm.. byg kan utk dekat dengan blackbiba dia sanggup pindah dok kl.. pastu ok la kan.. mmg elok la tu.. sah2 pun nak cari keje.. dr dok kg tp tak bekerja.. dh ada gf komitmen tu mesti kene ada.. kota girl mmg tumpang gembira la utk blackbiba dpt bf... sbb blackbiba ni la satu2 nya kwn kota girl yg baik bgt... lurus.. tp kelurusan dia tu mmg mudah di ambil kesempatan oleh lelaki lelaki bengong kat luar sana tu... silap2 hb utk kepentingan sendiri jek....

kota girl tak kenal sgt dengan mamat ni.. dr cara berkwn bagus la.. mmg dia cepat tangkap hati blackbiba dengan bersungguh2 nak jumpa org tua.. kalo niat tu baik bleh dikatagorikan dia ni ikhlas.. tp kalo niat tu tak baik nak perangkap blackbiba ni jek la kan.. supaya kalo apa2 hal mmg susah dah nak tinggal.. mau tak kalo dh pemeli sumer dah tau.. sengal kan....

mmg dah lama kota girl rasa mcm tak sedap hati jek.. tp utk kwn.. kota girl tetap sokong n berharap sikap dia tak la melampau.. tp kejadian ahad tu rasa nya dah melampau! sian kat blackbiba.. hati dah sayang apakan daya... ishk... ermm...

kota girl ni plak ok jek buat masa ni dengan tunang kota girl.. tp masalah lain plak dtg.. tak abis2 dengan combi tu.. wakakakka.. si bzwoman ni pun nampak gaya mcm dah ada org dok usha2 dia... sengal ni.... hehehehe.. mamat tu kabo nya mmg seorg yg kuat agama.. alahai.. smp si bzwoman ni rasa mamat tu nak tilik plak diri dia.. wahai kwn2 ku... amik la peluang yg ada dr tak de langsung peluang utk korang.. hehehehhe.... utk blackbiba.. sebelum kwin ni la kita nak pilih lelaki yg betul2 boleh memjaga kita bila dh bergelar isteri.. jgn sok dah kwin nak menyesal n nak mintak lepaskan diri mmg la susah bg kita perempuan ni... sbb talak kat tgn lelaki... apa pun kota girl sentiasa doa yg terbaik utk blackbiba.. utk bzwoman.. bukak2 kan la pintu hati tu.. ekekkekekke... jgn mare haaaaaaaaaaaaaaaa...

combi

Salam,


Skang ni kan... kota girl dah jarang ek update blog.. pasan tak? sbb nya tak de mood nak update.. hihihi.. cerita pun cerita yg sama jek pasal kota girl ni.. ishk ishk ishk... tp kang 15hb ni kota girl akan p berkursus kat tg. malim.. hahahahah.. dekat sgt2 dengan kg kota girl tu... so bleh la ngular blk kg.. 10 pun tak smp nak masuk kg dr tempat kursus.. hahahah... jgn jeles... smgu gak tau kota girl kat sana.. ni tgh pk2 gak la apa nak buat dok kat sana... yer la.. setakat time kursus tu kan ke time opis hour jek.. kalo ada kursus mlm pun apa la sgt.. still lagi bleh lari p ke pekan kot.. hehehehe.. jgn ada yg mengekor dah la.. rusak plan... wakkakaakka.....

tp kan... kota girl ni tgh pening kepala la... mau tak nya.. sian kat combi tu tak lagi setel2.. kali ni dah sakit kaki plak dio.. kaki? hahahhaha.. tayar la ngan lutut.. lutut? hehehe... absober la tu.. wakakkakak... layan mcm manusia gak combi tu tau.. biar dia tau ada perasaan skit kota girl ni kat dio..... pening gak tu... smlm kota girl urus kan satu hal.. nak buat dana lagi.. alahai.. pening2.. dana po gik, kalo bukan dana tuk combi tu... huhu... bygkan la.. kota girl kene beli tayar baru 4bijik skali... satu bijik tayar kota girl dah tanye kat kedai paling murah dpt la 150... 5 bijik dah jd 600... clucth kota girl yg dah berbulan2 tu tgu masa jek nak jahanam dah 580.... absober kota girl tanye kat tunang kota girl.. kurang2 mkn gak 5 6 ratus tau... bape dah tu... ishk2... sedih jek pk kan combi tu....

skang ni yg dah nampak plak kat combi tu tinted dia.. dah mula nak rosak... ari tu masa cuci combi tu smp rosak skit tinted kat depan belah kiri india tu buat.. mmg la tinted tu dah lama.. tp dah dia p sembur plak ubat apa tah.. terus jd gitu.. hok cermin lain takdak plak dia sembur kan.. so ok jek.. hok satu tu jek la nampok cacat skit.. nak tukar tinted kurang2 2ratus lebih gak.. ermm... kota girl mmg nak buat abis combi ni.. biar sok2 tak de masalah dah.. jenis kota girl ni kalo jenis berduit jek tak pe gak kan... syok la skit.. asal rosak jek time tu gak bleh betulkan.... huhuhu.... ni tak jenis bukan berduit.. so time ada duit nnt mmg nak buat sumer supaya tak de dah masalah2 besar kat combi tu....... nnt nak serbis ekon gak.. tu pun dah nampak gak tu sengal nya kalo time siang.. mlm pun skang ni dah tak terasa sgt la kan.. kalo terasa sejuk time ujan jek.. tak dak maknanya.. wahahaha. ampesss...

ingat kalo cukup duit nak tukar skali rim tayar tu bleh tak? wahahhahahaha.. mau jerit la tunang kota girl tu nnt.. mkn seribu gak tu.. hahahahha... tp kalo tak buat time tu bila lagi nak buat kan... bak kata satria.. kete tu kita yg pakai sakit ke tak sakit ke kita yg tanggung.. apa2 pun kita jugak yg pening kepala.. baik abis kat kete kita dr abis duit ke tempat bukan2.. hihihihi.. mcm satria tu tak tau la bape dah abis kat kete dia.. tp dia mmg cermat... serbis ikut time.. mmg tepat... berdisiplin.. kota girl ni nak buat mcm dia tu tak tercapai gik.. apa2 silap kete skit mmg dia jaga betul kebajikan kete dia.. tabik jap kat dia.. kete tu kalo ikut kan nak abis dah byr nya thn depan.. tp nampak mcm kete baru kuar lagi.. huhuhu.. kaler kete tu.. bau kete tu.. mcm kete baru.. hehehe.. bagus tul satria.. kota girl ni ingat pun mmg nak buat cm dia gak.. pasni biar r tak de duit nak mkn pun... asalkan combi terjaga.. susah kalo dah dia sakit... nnt patah kaki kalo apa2 jadik kat dia....

ikut kan combi tu kota girl dah cek kat bank ritu.. time sengal2 kan.. sebut pasal bank ni.. ada citer gak la pasal owner combi tu.. opss.. tak tau ek.. kota girl beli combi tu still lagi nama owner lama sbbnya kota girl tak leh nak tukar nama combi tu disbbkan kota girl ni blacklist nama kat ctos.. adesss... sbb? sbb kota girl jd penjamin kepada pak usu kota girl masa beli kete dia dulu... smp skang ni dia baru start bayar kat bank utk clear kan nama kota girl... so ok la tu.. at least dia dh start bayar walaupun amik masa 9thn... hahahaha.... so dah 3 bulan pak usu kota girl start byr.. kota girl dah tanye kat bank kalo nak buat tukar nama kat kete tu boleh ke tak nnt? bank soh apply pas 6 bulan.. huhu.. target kota girl ujung thn dpn la nak apply tukar nama kete.. ok skit kan.. hohoho.....