Jumaat, 28 Ogos 2009

Serabut, Rindu

Serabut pkran Kota Girl sbb pk kan tunang Kota Girl ni.. rindu kat dia jgn ckp la.. kenapa la jd mcm ni.. runsing lak.. smlm tak dpt langsung kol dia ptg. tghri tu dpt la jugak msg dia. tu pun nak bertanya kan pasal Kota Girl nya insuran kete. sbb dia lagi tau pasal insuran ni. Kota Girl tak pernah gik la kan idupkan Insuran sendiri ni.. hehehe.. sempat la smlm dlm msg tu Kota Girl bgtau kat tunang Kota Girl yang Kota Girl ni dh lama sgt la rindu kat dia. dia pun kata rindu jugak. tp apa masalah yang menghalang? sakit hati kalo dpk2 kan. entah lah..

Isnin ni cuti Merdeka. genap 52 thn la kan kita merdeka. tp cuti smp 3 hari ni nak buat apa yerk? alaaa... dh la bulan poser.. cuti smp 3 hari bukan boleh pg kemana2 pun. duit pun bukan ada sgt. nak kene jimat ni. Kota Girl mmg hepi bila pk kan dh sign surat terima oper naik pangkat tu. in'Allah bulan 10 bleh la kot dpt duit gaji baru. tak pun bulan 11 nnt. tak kisah la kan. Kota Girl pun tak sabar2 ni nak beralih ke jawatan baru. mesti lepas ni keje pun tak tentu arah. mcm mana yerk. selama 9 thn Kota Girl kat sini tak pun sebz mana.. hehehe.. kalo buat keje jawatan baru ni tak tau la mcm mana.. mcm BzWoman ker agak nya? hehehe... berbalik ke cuti 3 hari ni kan.. Kota Girl berharap sgt dpt jumpa tunang Kota Girl cuti ni. entah la..sedih la.. sedih sgt2.. dah lama kami tak terpisah mcm ni. dh lama tak jumpa.. Kol kurang msg apatah lagi. sedihnyaaa...

Mgu depan baru la Kota Girl dpt tau bleh selesaikan masalah ke tidak yang dipk2 kan selama ni.. ishk.. mau tak.. mgu depan baru tau keputusan permohonan tu.. hehehe.. berharap sgt2 tak de halangan.. cepat selesai masalah kurang skit beban pkran Kota Girl ni. maklumla dh nak raya ni kan.. roadtax kete mati, lesen mati, nak blk kg pakai duit lagi.. alahai.. nasib baik la disetelkan baju raya Kota Girl dengan mak Kota Girl awal tahun aritu.. sbb dh tau dah la kan nak roadtax kete tu mati time nak raya.. hahaha.. so kene standby la awal2 thn.. huhu.. tp mak Kota Girl kata tak nak blk beraya kat kg thn ni. mcm mana yer.. alahai.. pening gak tu nak pk.. sbb nya knp.. ermm.. terasa hati dengan nenek Kota Girl tu. kenapa ek dengan nenek Kota Girl nnt la.. satu masa Kota Girl akan cerita kan kisah2 keluarga Kota Girl. jgn pening pulak nnt yerk. hahaha.. yang pasti tgh pk mcm mana nak pujuk mak tu blk jugak kg raya ni dengan Kota Girl.. tp rasanya tak de masalah kot. mesti dia akan ikut jugak Kota Girl. hehehe...


Rabu, 26 Ogos 2009

Huhu

Salam,

Kota Girl susah hati sbb rindu kat tunang Kota Girl. dh berapa lama Kota Girl tak jumpa dengan dia. susah hati jugak. walaupun ni dikira ok sbb bulan puasa, tapi Kota Girl dh tak jumpa dr sebelum puasa lagi. jgn kata nak jumpa.. kol atau msg pun kami tak de. diam mcm tu aje. Sedihnya...

Semlm blk keje mcm biasa la berbuka kat umah Satria. lepas mahgrib jek kami tertdo.. hehe.. kepenatan sgt masing2. sedar2 jek dh kat kul 11.. terus Kota Girl blk rumah. tak de yang menarik. cuma masa kat opis.. tu dlm pukul 11 Kota Girl keluar pegi bank byr duit kete dengan Z. Z ni kwn kat opis Kota Girl satu unit la kiranya. pastu, singgah kejap kat warta tgk cd Al-Quran.

Sebut pasal cd Al-Quran tu, Kota Girl mmg dah lama cari. maklumlah.. dh lama tak mengaji jd lupa nak membaca. tak konpiden pulak. betul ke bacaan Kota Girl tu kan. tu sbb la Kota Girl nak jugak cari cd tu.. cadangan tu di suarakan oleh BlackBiba hehehe. smp2 jek kat warta tu.. Kota Girl terus pg kat tempat jualan cd2 agama tu la. terkejut jugak Kota Girl dengan harga cd tu. mau tak. Mahal la... rm69.90.. adesss.. tangguh dulu la nampaknya niat tu. tp si Z plak bgtau kat Kota Girl yang dia ada bacaan Al-Quran 30 juzuk tu dlm pc dia. haaa.. apa lagi.. terus la Kota Girl kata nakk... hahaha.. jimat belanja weh.. hahahha...

Smp kat opis Kota Girl sibuk plak setel kan pasal problem kewangan tu.. hahaha.. tgh2 setel kan problem tu.. turun la ketua kerani kat Kota Girl nak bg surat oper nak naik pangkat.. hahaha.. syok nya.. cop2.. naik pangkat tu pun sbb jawatan lama Kota Girl ni dimansuhkan. hahaha.. naik pangkat pree la tu.. alhamdulillah.. rezeki datang melimpah. syukur sgt2...

Agaknya betul la kata org.. kalo kita ingat kat Allah S.W.T, Allah jugak akan ingat kat kita. kenapa ek kota Girl kata mcm tu. sbbnya.. sebelum2 ni Kota Girl ni bleh la jugak dikira lalai nak tunai kan solat 5 waktu tu.. tp sejak baru2 ni Kota Girl cuba jaga solat 5 waktu tu. cuba jgn tinggalkan satu solat pun. alhamdulillah......

BlackBiba... semalam.. dia bz sgt2.. bz sbb nak siapkan assigment dia.. sian dia.. dia tanya kat Kota Girl.. tp Kota Girl tak boleh nak tolong. maklumlah tak maklumat langsung pasal apa yang BlackBiba nak tu. nak nak pulak dalam bahasa enggeris.. huhu.. lagi la fail pasal english ni.. hahaha.. BzWoman? huhu.. tu sentiasa bz manjang.. sibuk dengan kerja2 dia. maklumlah tempat baru. semuanya nak kene belajar. pening kepala dia tu hari2. hahaha.. tak pe la.. asalkan dia bahagia kat tempat baru tu.. jiwa pun tak kaco lagi dh nampaknya... huhu...

Lama jugak la tak jumpa diorg2 ni. sejak puasa ni Kota Girl dengan Satria jek. tak tau la kenapa. mungkin sbb dia jek tempat Kota Girl ngadu.. maksud Kota Girl yang terdekat.. hahaha.. rumah pun kat bwh jek kan. berbuka pun sama walaupun dia tgh 'cuti' skang ni..hahaha... ok la.. nnt sambung lagi... takat ni tak de lagi la cerita yang menarik.. tunggu la nnt nak posting cerpen kat dlm ni.. baru best kot.. daaa...



Selasa, 25 Ogos 2009

Syukur alhamdulillah...

Hahahah.. Syukur Alhamdulillah.. Kurang skit masalah Kota Girl.. alhamdulillah la kalo betul ada penyelesaian kepada masalah Kota Girl. hehehe.. dh la nak raya ni.. biasa la kalo bukan masalah kewangan masalah apa lagi kan.. huhu.. dah nak raya tp tak de bonus thn ni.. eeiii.. tak best betul. tak dpt gak duit raya.. sengal jek.. adess.. masalah kewangan tu bukan senang nak setel. Kota Girl percaya la kan semua org mengalami masalah yg sama jugak dengan Kota Girl.

Kwn Kota Girl la tolong Kota Girl. sape lagi bukan Satria.. hheheh.. dia memang kwn yang baik. segala masalah kewangan mesti Kota Girl ngadu kat dia. tak tau la nape. mungkin dia sorang jek yg memahami. eh eh.. bukan la dia bg pinjam duit tau.. tp tolong Kota Girl cari jalan penyelesaian mcm masa nak setel masalah kewangan Kota Girl tu. hehehe.. Alhamdulillah skali lagi.. bersyukur aku kepada mu Ya Allah...

ok.. semlm Kota Girl dh berpuasa hari ke3.. hari ni ke4. blk keje smlm mcm biasa la pg pasar ramadhan dengan Satria. pastu blk mandi jap bla bla bla.. kul 7 baru pg rumah Satria nak bbuka. hehehe.. tp Kota Girl sedih. sbb gaduh plak dengan tunang Kota Girl ni. dh la Kota Girl rindu kat dia. tp dia tu buat tak tau mcm tak ada apa2 jek. Kota Girl paham situasi dia skang. tak pe la.. kalo la dengan berdiam diri tu buat dia tenang, ok la kan.. Kota Girl pun nak kan ketenangan jugak.. tp tak tau la smp bila.. huhu... ari ni Kota Girl nak kuar pg byr duit kete. kete apa ek? lalalala.. rahsiaaaaaaaaaaaaaaaaaa... pada yg dh tau tu dediam jek la kan.. heheh.. tp kan.. pg ni konon Kota Girl nak beli topap la untuk tenet Kota Girl ni. mati hari ni kan.. hehe.. maklumla pakai prepaid jek. so bukak la maybank2u. ingat beli online jek la. sbb ari ni dh gaji.. hahaha.. bila bukak terkejut Kota Girl sbb tak dak gik duit gaji lam bank.. hohoho..sengal Kota Girl kejap. terus la kol bhg gaji tanya. rupanya diorg dh tukar bank gaji.. cisss... terkujat Kota Girl kejap.. hahaha.. so kul 9 ni cek blk.. ada dah gaji.. hahaha..



Isnin, 24 Ogos 2009

Salam,

Hari ni start keje dlm bulan puasa.. pg2 lagi Kota Girl dh smp opis.. tumpang kawan rini.. hehe.. ujan dr pukul 3 pagi td tak benti gik masa Kota Girl nak pg keje. so, satu hari yg entah lah.. sbb baru bermula untuk hari ni. ok tak pe Kota Girl bukak citer pasal smlm. smlm kan tak update.

Dlm pukul 3 lebih smlm Kota Girl dpt msg dr Doha. hahaha.. dia kan kata dh start keje halfday untuk bulan poser ni. hehehe.. siap dh anta skali pic dia kat Kota Girl. tapi kan.. background lam pic tu mcm kat lam studio.. hahah.. tak kisah la.. sker hati dia la kan. lam pic tu nampak muka dia berisi skit.. tak tau la sbb cap yg dia pakai tu atau pun apa. ada la perbezaan skit dr yg Kota Girl tgk lam pic dia kat satu web tu.. huhu..

Cuba online jek Kota Girl kan.. tp tak leh la, sbb ptg nak pg pasar ramadhan dengan kwn Kota Girl. Kota Girl pun tak tau la apa masalah YM sbb dr pg cuba online tak dpt2. adalah tu masalah YM. huhu... nasib tak baik la si Doha tu.. hehehe..

Lepas pg psr smlm siap berbuka lagi kat umah kwn Kota Girl tu. smp la kul 9 baru blk rumah. blk2 pun lam kul 10 lebih dh tdo. sbb pg nak bgn awal.. heheh.. mcm pg ni la Kota Girl bgn kul 4.30.. lepas sahur siap2 nak pg keje. ermmm...

Tunang Kota Girl.. masih gak mcm tu.. mlm kelmarin masa Kota Girl tdo umah kwn Kota girl tu dia msg tanye ok ke tak? hanya msg tu jek yg dia bg? entah lah.. Kota Girl makin tawar hati la.. lam bulan ni Kota Girl nak tgu tgh2 bulan nnt nak buat Istiqarah. perlukah Kota Girl tgu tunang Kota Girl lagi? sedih la.. dh bertahun2 kami.. tak kan nak tinggal kan gitu aje.. Kota Girl takut benar nya nak buat Istiqarah tu. mmg takut sgt2 kalo kami tak de jodoh. Kota Girl mmg sayang sgt2 kat tunang Kota Girl. tp Kota Girl perlu buat sesuatu untuk masa depan Kota Girl.



Sabtu, 22 Ogos 2009

Sedihnya

Hujan.... Hari pertama bulan ramadhan ni dilimpahi dengan rahmat.. tak mcm biasa mesti panas jek dr pagi hingga ke petang. Kota Girl puasa hari ni.. ada jugak kwn Kota Girl yg tak dpt nak berpuasa. biasa la perempuan.. huhu.. cuti tu dh diberi.. tp kene ganti blk..tak payah la nak bg tau bab tu, kompom sumer org dh tau..

Seharian kat rumah hari ni mmg la membosankan. dh la puasakan. Hati Kota Girl kurang tenang skit. tp boleh lagi la nak releks2 kan pkran. dari smlm Kota Girl msg tunang Kota Girl tak berjwb. apa masalah dia. apa yg dia nak elakkan? semakin hari semakin rumit hubungan kami. Kota Girl dh tak tau nak kata apa. mcm2 dh Kota Girl berusaha perbaiki. dia terus2 senyap jek. sakit hati pun ada. kenapa? ni bulan puasa. terpaksa la Kota Girl berdiam diri jugak. kalo tidak mau ada nya bergaduh nnt. sengalkan.

Ermmm... Doha? dia tu pun lagi satu. Kota Girl bukan kisah sgt pun kat dia dah skang ni. sbb semakin hari makin pelik dengan pangai dia. mcm ada tak kene. ingat nak jugak la cungkil rahsia. tp tak pe.. biarkan dulu.. terasa mcm dia kat Malaysia sebenarnya. Semlm Bz Woman ada bgtau kat Kota Girl, kalo belah2 sana tu (negara arab) bulan poser ni sumer nya cuti sbulan smp lepas raya barula diorg bekerja blk. Kota Girl mcm pelik pulak smp kene cuti sbulan. kalo mcm tu mesti la syarikat Doha tu bayar gaji buta jek kat dia selama sbulan sedangkan dia tak bekerja. Tp kalo betul la kata Bz Woman, mesti syarikat dia akan ambil tindakan dengan menyuruh dia blk ke sini kan? keje kat sini dlm bulan puasa tu. tak de la mkn gaji buta. tp tak de pulak dia bg tau dia blk ke sini. tu yg makin buat Kota Girl syak kat dia ni. pelik2. Aritu dia kata bulan poser ni kan.. dia keje hlfday jek. boleh la YM dengan Kota Girl katanya. ermm.. ok jek pada Kota Girl. ni la kot masanya nak soh dia on webcam. hahahaa.. tak kan la laptop dia tak de kan.. skang ni sumernya dh canggih.. hohoho...

Bosan la.. Otak Kota Girl tak abis2 pk kan tunang Kota Girl. lama2 leh jd susah hati ni.. susah la nak hidup. ari ni pes day poser. dia tak ckp apa2 pun kat Kota Girl.. Sedihnyaaaa.... nak nangis rasanya. apa la masalah dia buat Kota Girl mcm ni.



Jumaat, 21 Ogos 2009

My lovely cousin

Salam,

Ari ni bosan lak kat opis.. hari terakhir dalam mgu ni jugak sehari sebelum puasa.. hahaha.. ok skang Kota Girl nak kenalkan satu2nya cousin Kota Girl. dalam pemeli kami, kami la jenerasi pertama.. hahaha.. bertiga sebenarnya.. sorg lagi lelaki.. so kami tak geng la kan.. hahaha.. jaat kan.. ok, cousin Kota Girl ni, selain dr kwn2 Kota Girl.. dia jugak la tempat Kota Girl mengadu. mungkin sbb dr kecik lagi kami dh berdua.. jd tak de masalah untuk Kota Girl dengan dia. walaupun dulu dia dibesarkan di kg, tp mencecah ke alam sekolah menengah dia dh bersekolah dekat dgn Kota Girl. Masa kecik2 dulu kami kurang sependapat. tp kalo berdepan ok jek.. dia kata Kota Girl ni sker nak lebih2.. hehehe.. tak tau la kan.. itu pendapat dia. tp rasanya tak gitu.. mgkn lahir dr keluarga yg tak besar.. apa sahaja permintaan Kota Girl tak pernah mak tak tunaikan. nasib baik la Kota Girl ni pandai n tak amik kesempatan dengan sikap mak Kota Girl tu.

Skang ni cousin Kota Girl dh ada keluarga sndiri.. dengan anak2 yang comel2 coming soon nak dpt baby ke 3 pulak.. kan.. bahagia saja dia. Kota Girl suka tgk dia bahagia. bukan apa. pemeli kami ni dr dulu boleh dikatakan kucar kacir cikit.. hihihi.. tak de niat nak buka pekung didada.. tp tu la hakikatnya.. dn yg berjaya skang ni cousin Kota Girl ni n Pak usu Kota Girl.. punya pemeli yg bahagia.. Kota Girl hanya numpang saja kebahagiaan tu. Cousin Kota Girl ni ermm, ok tukar nama MC (Mama Cute) hehehe.. MC ni walau mcm mana pun Kota Girl ckp dia tak ckp byk... sikap kami mmg la berbeza.. kalo org tgk kami, diorg akan kata Kota Girl ni lemah lembut, cantik manis.. hahaha.. masuk bakul sendiri lagi.. tp hakikatnya.. Kota Girl ni tak la seperti dikatakan org. Kota Girl tegas, diam2 berisi gitu.. kalo lama2 ilang sabar ada jugak la melentingkan. hahaha..

Berbeza dengan MC, org akan kata dia nampak ganazz.. tp... dia la yg lemah lembut.. hahaha.. hati dia tu lembut smp adik2 dia pun boleh marah2 dia.. dia ni kalo marah bukan pandai pun.. marah pun lembut gak.. hehehe.. tu la yg menarik tentang MC. so, kalo Kota Girl pegi rumah dia.. mmg dia sker masak. cuba mcm2 masakan. minat kan.. jauh beza dengan Kota Girl yg tak sker masak.. eh, tak bermakna Kota Girl tak tau masak tau.. tp boleh la.. at least tak de la kelaparan kan.. hahahaha.. MC ni.. otak dia bagus skit la dr Kota Girl.. cekap dlm semua yg dia buat. smp skang pun dia bercite2 lagi nak sambung study ke degree. mungkin thn depan atau dua tahun lagi dia sambung la tu kot. org kalo ada hati nak study ni n ada duit boleh la kan.. mcm Kota Girl nak jugak study tp bukan study mcm dia ni la kot. sbb tak terkejar la rasanya. hahaha.. alasan semata2.. tup citer bab tu.. ada sbb.. hahahha...

Kota Girl mmg tak selalu dtg pun rumah dia. tak tau la kenapa. mungkin malas nak berjln. tp kalo pg tu susah gak nak blk.. hehehe.. Kota Girl ni mungkin dh biasa kot dok jek kat rumah. malas nak berjln.. nnt tunang Kota Girl tu kan bukan nya suka sgt Kota Girl berjln2 ni. kalo nak jugak bgtau kat dia dulu. tp tu tak bermakna dia menghalang Kota Girl nak kemana2 pun. asalkan tempat Kota Girl nak pg tu bukan tempat yg bukan2. Setakat ni dia tak pernah lagi menghalang kemana Kota Girl nak pergi terutama kerumah pemeli. understanding gitu.. hahaha love u my dear.. Ok2, terlencong plak dah.. MC... arini Kota Girl tgk Fotopages dia.. terpampang pic2 yang membahagiakan hidupnya.. alhamdulillah.. Kota Girl tumpang bahagia dn terus doakan dia akan berbahagia.. bila agaknya Kota Girl akan kecapi kebahagian seperti yang diimpikan? Wallahualam.........









Kawan2 ku..

Skang kita beralih ke kisah2 kwn2 Kota Girl.. untuk pengetahuan u all Kota Girl ni tak ramai pun kwn.. setakat kwn2 nak bertegur sapa tu ramai la kan.. ahaks.. ok, Kota Girl ada 3 org kwn yang rasanya bleh la dikata kan best fren jugak.. kenapa ek kata gitu? sbb kat mereka la Kota Girl meluahkan apa pun perasaan. sedih duka sumer nya...

Satria.. ermmm.. 8thn Kota Girl bkwn dengan dia.. dia ni mmg la baik.. setiap apa pun kesusahan Kota Girl dia tak pernah tak tolong.. nak2 kalo time Kota Girl tak ada duit. walaupun dalam tangan dia cuma ada rm50, pasti dia akan berkongsi jugak dengan Kota Girl. dia pun bukan la senang sgt.. blom kawin.. kesian jugak Kota Girl dengan dia.. ada saje tak kene kalo berkwn dengan lelaki.. seolah2 lelaki tu cuma nak permainkan dia aje.. amik kesempatan pulak tu... sian..

Bz Woman.. hahaha... ni lagi kerap dengan Kota Girl berbanding dengan Satria.. walaupun Satria sama keje n satu blok dengan Kota Girl tp kami jarang jugak la bersama. Bz Woman ni.. kebiasaannya kalo bosan2 dulu2 kami kuar jugak la main boling.. atau p soping2.. dia ni sker soping2 ni.. tak kisah la.. pendapatan dia pun mencukupi untuk bajet soping dia tu. dia soping pun tak pernah la kan kekurangan duit.. Kota Girl tgk dia ni mmg pandai mengatur kewangan dia. kalo ada lebih tu siap pg bercuti lagi. haaaa.. destinasi kesukaan dia.. Indon.... hahaha.. ada jugak la yg sangkut dengan mamat Indon jugak dia ni... opsss.. sebut pasal mamat ek.. dia ni pun tak de gak la bf... mungkin pengalaman lama dia tu menjadikan dia fobia nak bercinta lagi.. Kota Girl pernah jugak la kan bg tau beri peluang untuk lelaki lain mendekati dia.. tp tak tau la dia ni kenapa la degil tu.. agak nya.. baru lelaki tu nak dekat2 dgn dia, nak kenal2 lebih rapat dia dh rasa fobia... kisah fobia dia? tak payah citer la kot.. atau satu hari nnt Kota Girl akan ceritakan.. itu pun kalo dia beri keizinan... hahahahaha

BibaBlack.... ni lagi sorg... dia tua sthn dr Kota Girl.. Kota Girl pulak tua sethn dr Satria dan Bz Woman... ok... BibaBlack ni kan.. seorg yang lemah lembut.. apa pun semua nya teratur.. mmg sopan.. beruntung sape dpt dia.. cop.. dia dh ada bf... hehehe... sbbkan sifat dia yg baik sgt ni.. selalu jek la kene amik kesempatan dengan org. tak kira la kan lelaki ke pmpn ke. paling teruk kwn serumah dia. sian dia. apa pun dia la dijadikan bahan untuk mengumpat kat opis tu. sengal kan kwn dia tu.... dh la pemalas... jap nak pk nak bg nama apa... ermmm... ok, Perasan boleh tak? hahahha... kwn BibaBlack tu mmg kaki perasan pun.. huh.. selalu saje nak cari pasal dengan BibaBlck.. tp kan BibaBlack ni walaupun dh lama Kota Girl kenal.. cuma baru awal thn ni la kami rapat... mungkin sebelum ni tak de isu yg menarik nak diceritakan kami. dulu Kota Girl penah jugak tegur2 dia ni kat skype.. tp sumbung.. hehehe.. sowi.. rupanya bukan la dia sumbung.. tp pemalussssssss.. hahahaha.. wokey.. nnt Kota Girl sambung lagi kisah2 diaorg ni..... welcome geng.....


p/s: jgn mareee haaa.. hihihi..

Doha-1

Ok.. skang kita sambung kisah Doha... Kota Girl dapat rasakan sesuatu tak kene dengan Doha ni. Mcm dia sembunyikan sesuatu. Kelmarin Kota Girl dh pun send pic Kota Girl kat dia. tp dia balas tak mo bg pic dia pulak. boleh ke mcm tu? sengal la kan.. tak adil gitu. yer la.. sebelum tu dh deal yg kami nak bertukar2 pic. tiba masa dh dpt dia kata tak mo plak. so, Kota Girl pun tak bls msg dia tu. merajuk la konon kan. tp 10 minit pukul 4 ptg smlm.. dia tetiba plak on YM n pm Kota Girl. pelik.. kalo ikut waktu kat sana mmg la pukul 10 ke 11 gitu... tp dia kata keje kat site. kenapa pulak boleh on YM waktu tu. ermmm.. pelik ni...

Semakin hari semakin Kota Girl rasa sangsi dengan Doha. tak pe.. kalo dia rasa nak menipu Kota Girl kan... dia silap la kot.. hehehe... Kota Girl lagi bijak dari dia.. ermmm.. persoalannya kenapa dia tak nak bg pic kat Kota Girl seperti dijanjikan. adakah lokasi pic2 dia tu kat malaysia ni? hahaha.. takut kantoi la tu kan... nak bermain tarik tali ka? ok aje.... ermm... mlm patut la bila Kota Girl on YM tak nampak dia pun.. bukan kerana dia invisable tp sbb tak termasuk pun id dia dalam list Kota Girl masa add dia ari tu. ermm.. sengal sengal.. Kota Girl malas dh nak tgu dia semlm.. kebetulan pulak hujan.. lagi la syok nak tdo....

Serabutnya1

Ya Allah.. Kau berilah ketenangan dalam hati ku... Kota Girl runsing sekarang.. masalah yang ada semakin besar... sedih hati jgn kata la.. smlm lepas blk dr kejer Kota Girl rasa nak menangis.. sedih.. serba serbinya tak kene... kenapa? esok dh puasa.. bermulanya bulan ramadhan.. Kota Girl mmg tgu2 saat ni.. Kota Girl nak buat sembahyang istiqarah.. mintak petunjuk dari Allah S.W.T benarkan apa yang Kota Girl lakukan sekarang ni? betul kah tindakan Kota Girl.. jugak Kota Girl nak mintak ketenangan diri.... mungkin lebih Afdal di bulan Ramadhan ni.. In'Allah.....

Khamis, 20 Ogos 2009

Serabutnya...

Bosan Kota Girl dengan sorg kwn Kota Girl ni. Dah lama dia menyepikan diri. Tiba2 kontek Kota Girl tanya lagi bila nak kawin. Bila Kota Girl jwb tak tau terus dia promote lagi abg dia kat Kota Girl. Bosan tau. Nak marah pun ada. Mcm la Kota Girl ni tak laku sgt dia sibuk2 nak promote abg dia. Argghh... Dengan tunang Kota Girl pulak lagi satu hal. Tak abis2 lagi masalah kami. Entah smp bila la kami nak mcm ni. ishkk.. runsing..... Kat opis lagi satu hal.. ermmm... pening2.. mcm mana la nak idup dengan tenang mcm ni.. smlm blk keje jek dh keletihan.. nak menghilangkan serabut kat kepala ni, Kota Girl cek jugak email dari Doha.. tak ada pulak lepas email terakhir dia tghri smlm.. sibuk sgt ker? Janji dengan Kota Girl nak online YM mlm tadi.. tp tak ada pun Kota Girl tgk dia online.. keletihan smp Kota Girl tertido depan Lappy ni. sib baik kunci jam dah awal2 sblm tu kul 12. bila dh terjaga tak boleh nak tdo pulak. kul 2 lebih jugak Kota Girl baru terlelap blk..

Kenapa yer susah sgt nak cari ketenangan.. Kota Girl ni kalo la byk duit.. dah lama amik cuti pergi ke tempat2 yang boleh dpt ketenangan mcm Cherating tu.. tenang jek kalo berdepan dengan laut. tak dpt Cherating PD pun boleh la... bosan la Kota Girl skang. nak keluar lepak dengan kwn2 pun tak de mood. asal blk keje jek terperap kat umah. Hari2 bergaduh dengan tunang Kota Girl tu.

Smlm blk keje lepak la kejap dengan kwn Kota Girl sorg ni. hilang jugak la rasa bosan bila berbual2 dengan dia. blk awal, smp umah awal pun tak tau nak buat apa2. nak update blog ni.. la.. kenapa la sengal sgt kan... bosan nya..

Kota Girl kesian dengan tunang Kota Girl tu sbenarnya.. tak tau la nak ckp mcm mana.. yang pasti dia tgh susah hati skang.. tak tau cara apa lagi Kota Girl nak tolong dia. tp Kota Girl jd tensen bila seolah2 dia menyalahkan Kota Girl pulak bila timbul masalah ni. runsingkan. mcm la dia tak buat salah jugak. bila nak kawin kalo mcm ni. duit pun sentiasa tak cukup. projek tunang Kota Girl asyik tergendala aje. kesian dengan dia... dugaan apa lagi agak nya kami nak rasa? dah bertahun mcm ni..






Selasa, 18 Ogos 2009

Doha

Salam... hari ni Kota Girl rasa bosan jek. Kat opis tak senang duduk. nak menghabiskan satu hari waktu bekerja.. sengal jugak. Kota Girl tak sefahaman dengan tunang Kota Girl ni.. tak tau la kenapa kan. secara tak langsung Kota Girl dihimpir oleh seseorg.. hrmmm... Doha la Kota Girl bagi nama ek. Dah Hampir 5 bulan Kota Girl berkenalan dengan Doha ni. setakat memang menyenang kan. setiap hari kami pasti akan bertukar email. Tp Kota Girl masih tak pasti dia ni berada di malaysia atau pun betul kat luar negara. maklumla.. zaman skang ni apa pun tak mustahil kan. hubungan Kota Girl dengan tunang Kota Girl masih suam2 kuku kata org tu. Tp Kota Girl tak kisah sgt sbb ada pengubat kala Kota Girl kesepian.. hari berganti hari Kota Girl dengan Doha makin rapat. Serapat mana ek? hrmm.. serapat smp dh bercerita kalo2 Kota Girl dipinang Doha menjadi isteri. hehehe..

Tunang Kota Girl? entah la.. mungkin kah Allah nak menduga kami atau jodoh Kota Girl dengan tunang smp disini? susah. Kota Girl ada jugak mintak pendapat kwn2 Kota Girl. Ada yang setuju Kota Girl dengan Doha. Tp berhati2. Sbb Kota Girl tak kenal pun. Bahaya kan Hubungan melalui Internet ni. Tp kalo betul Doha seorg yg ikhlas.. mungkin akan jadi mcm wardina tu.. hhahaha.. hubungan melalui internet akhirnya ke jinjang pelamin.. amin....


Isnin, 17 Ogos 2009

lelaki zaman skang..

masa nak dpt bukan main lagi manis mulut, dh dpt kita dia buat mcm sampah.. itu la yg terjadi kat kwn Kota Girl sorg ni. ari ni dia dtg kat Kota Girl ceritakan kisah dia dengan bf dia. masalah betul lelaki zaman skang ni. tak tau apa yg dia nak. masa nak dpt dulu tak kisah akan kekurangan kita. bila dh dpt serba serbi tak kene. pelik jugak. mcm la lelaki ni bagus sgt kan.. hehehe.. yang jd mangsanya kwn Kota Girl ni. Aset Girl. kerja bersama dengan bf dia yang skang ni katanya dh jd bekas bf. mcm mana tu? hari2 nak berdepan dengan bekas bf. ishk2... susah2. Kota Girl pun tak tau dh nak kata apa pada dia.. nasihat Kota Girl senang jek.. lupakan dia.. buat kerja mcm biasa.. ingat dia sorg jek ke lelaki yg nak kan kita. hehehe.. mungkin jodoh tu tak de. lagipun perhubungan tu baru lagi. senang la nak dilupakan.

menjelang puasa...

smgu lagi nak puasa.. sengal jugak.. start skang aku dh mula dietkan perut.. heheh.. maklumlah nak prektis awal2 senang skit.. time puasa nnt tak la sakit perut jek kan.. org kata alasan elak puasa pulak nnt. thn ni awal pulak beraya.. stiap thn mmg macm tu pun.. makin lama makin awal.. dh dua hari cuti dok kat rumah bosan jugak aku. jimat2 duit. ada lagi semgu nak gaji.. ermm... thn sengal skit thn ni. mau taknya.. entah ada entahkan tidak bonus.. kalo tak abis la..

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pengenalan Kota-Girl

Aku seorg wanita yg sederhana. punya wajah yang biasa walaupun kawan2 aku kata aku cantik. hehehe.. perasan la sekejap. kalo tak puji diri sendiri sape lagi nak puji kan. dulu, cita-cita aku nak jd seorang yang berkerjaya.. tp malang tak dpt pulak. aku cuma seorg kerani saja sekarang. apa pun aku bersyukur sbbnya aku ada kerja. tak mcm separuh org masa zaman aku tu, susah nak cari kerja. kat keliling aku ada kwn2 yang aku rasa boleh dikatakan best friend aku. masing2 mcm aku jugak ada kisah kehidupan sendiri. tujuan aku buat blog ni pun, akan aku cerita kan kisah2 perjalanan kami meniti hari dari ke sehari... welcome...