Selasa, 18 Ogos 2009

Doha

Salam... hari ni Kota Girl rasa bosan jek. Kat opis tak senang duduk. nak menghabiskan satu hari waktu bekerja.. sengal jugak. Kota Girl tak sefahaman dengan tunang Kota Girl ni.. tak tau la kenapa kan. secara tak langsung Kota Girl dihimpir oleh seseorg.. hrmmm... Doha la Kota Girl bagi nama ek. Dah Hampir 5 bulan Kota Girl berkenalan dengan Doha ni. setakat memang menyenang kan. setiap hari kami pasti akan bertukar email. Tp Kota Girl masih tak pasti dia ni berada di malaysia atau pun betul kat luar negara. maklumla.. zaman skang ni apa pun tak mustahil kan. hubungan Kota Girl dengan tunang Kota Girl masih suam2 kuku kata org tu. Tp Kota Girl tak kisah sgt sbb ada pengubat kala Kota Girl kesepian.. hari berganti hari Kota Girl dengan Doha makin rapat. Serapat mana ek? hrmm.. serapat smp dh bercerita kalo2 Kota Girl dipinang Doha menjadi isteri. hehehe..

Tunang Kota Girl? entah la.. mungkin kah Allah nak menduga kami atau jodoh Kota Girl dengan tunang smp disini? susah. Kota Girl ada jugak mintak pendapat kwn2 Kota Girl. Ada yang setuju Kota Girl dengan Doha. Tp berhati2. Sbb Kota Girl tak kenal pun. Bahaya kan Hubungan melalui Internet ni. Tp kalo betul Doha seorg yg ikhlas.. mungkin akan jadi mcm wardina tu.. hhahaha.. hubungan melalui internet akhirnya ke jinjang pelamin.. amin....


1 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.