Rabu, 30 September 2009

satu hari rabu

Salam geng, hehehe.. kali ni kota girl nak sebut pasal si doha ni. sejak bulan poser ritu kota girl ngan dia dah kurang skit berhubungan. nak2 lepas raya ni lagi la kan. hehehe.. so kota girl biarkan jek la... agaknya dia dh dpt tau kot yg kota girl ni dpt rasa ada tak kene dengan dia. hahaha.. ataupun mmg dia betul2 bz.. tp satu soalan kota girl yg dia tak nak jwb smp skang bila kota girl tanye bila nak blk mesia.. hahaha.. smp skang tak berjwb soalan tu.... betul punya bz la kot kan...

arini kota girl masuk keje lmbt skit. ada urusan.. smp2 kat opis dh tak boleh on pulak ym. tensen gak. pastu smp jek tghri dah ramai pulak nak guna tenet kota girl. ok jek la kan.. kota girl siap soung kabo nak letak tabung kat tepi meja sape guna tenet nak cas rm3 sejam. hehehe..nk kaber blk prepaid tenet. hahaha.. abis dh sorg2 dok guna.. kota girl tak kisah pun... cuma yer la.. kadang tu lepas sorg2 kota girl nak dok kat tempat pun tak boleh. tu boleh lagi. ni pantang jek kota girl bgn dr tempat ada jek dok bertenggek kat kusi kota girl.. hahaha.. bgn p buat air pun ada yg dok kat tempat.. ala... kota girl tak kisah pun... soung letak tabung tu pun saja nak guraukan...

last ari ni blk kul 4.30. esok dh blk mcm waktu biasa kul 5 ptg. kota girl ni tensen kat polis kat kg kota girl ni.. ari tu ada la p buat report kat balai polis tu. dh tu tertinggal plak ic kota girl. sarjen tu la p pegang ic kota girl lupa nak bg blk. kota girl pun lupa gak nak mintak. dh tu sorg prebet ni kata nak pos la. bygkan dr ari sabtu kota girl tak de ic ari ni dh rabu. sok dh khamis tak ber ic ni... kata nak pos tp tak pos2. dh tu kol manjang jek tak de kat balai. kol hp tak dpt jugak.. sengal tul la polis tu. ni ngah pk2 la.. kalo dh tak pos gak kan.. nak kene blk la p sana amik blk ic tu.. susah wooo tak ber ic ni.. tensen gak.. takut apa2 urusan susah kan.

smlm tunang kota girl dtg jumpa kota girl.. wahhh.. rindu bgt kat dia. mungkin kalo tak de aral melintang, kami nikah dulu awl thn depan. dh lama sgt tergantung nya. kenduri tu kemudian pun boleh buat kan... hahahaha... naper? terkujat ek? alaa... tu cadangan baru... abis tu nak tgu senang masih2 dh mcm2 hal... ada la masalah antara kami yg susah nak dielakkan.... doha? ermm.. mungkin kehadiran dia cuma sebagai ujian buat kota girl... utk mengeratkan lagi hubungan dengan tunang.. sbb tu la kita jgn mudah melatah... kota girl tak kata pun sbb doha tu smp nak tinggalkan tunang kota girl.. cuma kene tgk la kalo dia jodoh kota girl.. mmg la kene terima bermakna tak de jodoh la dengan tunang.. tp skang ternyata kehadiran doha cuma sebagai ujian akan kekuatan kesabaran kota girl pada tunang kota girl.. hehehe.. apa pun kita tguuuu...

Isnin, 28 September 2009

Mood raya tak ilang lagi

Salam, huhu.. mood raya tak ilang lagi. mau tidak.. ari ni nak pegi keje pun Kota Girl rasa malas.. hihihi.. maklumla cuti raya smgu kali ni.. jgn jeles.. biasanya raya k3 Kota Girl dah naik keje... so, ari ni cuma melayan perasaan malas ni jek la kan. nak2 BzWoman n BlackBiba pun ada jugak.. samala jugak dengan BzWoman, ngantuk. mau tak nya kalo dh smlm baru gerak blk dr kg. mana ada masa nak rehat.

tghri td kota girl blk rumah amek telekung mak kota girl yang tertinggal. pg anta la skali kat umah mak. blk ada la dlm kul 2 smp opis.. smp2 pun dok relek kejap depan tb.. kwn kota girl si Z guna pc. tak kisah la kan. lepak2 kejap baru la tgk blk pc.. smp tak sedar la dh kul 4.20. tiba masa nak blk. huhu.. sbb kota girl masih lagi blk awal adalah kerana bulan 9 ni tak abis lagi. ada lagi 2 hari untuk blk kul 4.30. hihih.. pg tadi punya la jem.. tak syok betul la.. masa sblm raya tu best jek last day keje tu.. tak de kete. org dah ramai blk la katakan..hihihi.. tp ari ni jgn ckp la kan.. sengal2...

smp ptg.. kota girl tak pk apa pun.. lepas abis minum kuar punch kad blk rumah.. smp skang ni dok lepak jek kat umah. entah la.. bosan... tunang kota girl? ermm.. entah la.. dia masih lagi tak pk nak jumpa kota girl agaknya. mmg kota girl kecik hati dengan dia. malas gak la nak bls msg dia.. ckp byk kang gaduh. so baik kota girl diam jek. tak de jd gaduh. biar la pendam jek kan.. satu hari kelak bila dia tau perasaan kota girl dia pasti menyesal dengan apa yang dia buat kat kota girl selama ni..



Ahad, 27 September 2009

Kepenatan

Salam, huh... ari ni nama jek hari tuk Kota Girl rehat sebelum esok naik keje. hihi.. Start tghri tadi Kota Girl ngemas umah. mmg dari bulan puasa hari tu lagi Kota Girl nak ubah suai brg2 dalam umah ni... tukar blk kedudukan nya.. huhu.. tilam yang Kota Girl lepak kat luar ni bwk blk masuk dlm bilik tu.. hahaha.. selama ni dok tdo depan tb jek kan.. ni ngemas la satu umah termasuk la ubah blk brg2 dalam bilik tu.. hahaha... puas hati dah la.. baru la lapang skit mata memandang.. tah bape lama plak la nak ubah blk ni... bukan apa.. Kota Girl ni cepat bosan dengan keadaan kedudukan brg2 dalam umah ni. hihihi...

Dr kul 12.30 tghri smp ke pukul 3.30 mengemas. lepas dr tu Kota Girl rehat kejap sebelum kuar pg bandar tasik selatan untuk amik Satria yang baru blk dr kg. hihih... smp kul 7 baru blk umah n singgah sekejap umah dia.

Kota Girl on ym kul 9... terpk la nak berborak dengan BzWoman. maklumlah katanya nak bertolak ke kl hari sabtu. so msg dia td katanya nak tdo awai. hohoho.. pelik gak tu.. mgkn takut sok tak bgn la kan. kalo bulan poser tu ok jugak la dia tak tdo lepas sahur. ni dah tak de sahur.. So, Kota Girl bukak la blog BzWoman tadi.. baca blog dia.. rupa2nya ari ni baru dia gerak blk ke kl. patut la kepenatan n nak rest awal. tak pe la.. Kota Girl pun paham.. huhu.. yang penting dia pun dh selamat sampai ke kl.. berjaya jugak drive sorg2 kak BzWoman tu.. ihihi....

Lama jugak tak berhubung dengan BlackBiba. entah apa citer dia. yer la. katanya raya ke 4 dah naik keje. sian jugak tu tak dpt cuti lama. gitu la kalo dh bekerja dengan kampeni luar. bukan nak paham pun apa2 tentang keramaian kat mesia ni.. hihihi.. tak pe la. mungkin dia pun dah biasa. yang pasti dia keseorgan bila naik keje. mau tak Kota Girl tak dan nak online Bzwoman tak tau la kan. mgkn dpt jugak berborak dengan BlackBiba. huhu..

Esok, keadaan dah kembali mcm biasa. tp tadi Kota Girl tak teringat pulak masih lagi masuk waktu kerja dengan WP1.. yer la.. bulan 9 ni tak abis lagi rupanya.. hihi.. nasib baik Satria ingat kan.. alahai.. mesti busan sok kan.. hehehe... mood beraya skang ni kat opis pulak dengan umah kwn2 opis. nak kata umah Kota Girl jgn harap lah. bukan nya tak bg dtg.. tp tak do kuih raya tahun ni.. maap la ek kengkawan.. ehehehe.. tgk la thn depan ke mcm mana.. hahaha.. rezeki terhad la thn ni.. huhu... adiooooosssssss...

SELAMAT HARI RAYA 2009

SELAMAT HARI RAYA................... wahahahaha... hari jumaat Kota Girl separuh hari bekerja untuk setelkan urusan mana yang patut sebelum blk kg. mlm tu Kota Girl tdo umah mak jek sbb lepas sahur tu nak gerak blk kg dah. alhamdulillah blk kg tahun ni tak la jem. maklumlah clutch kan tak ganti lagi.. hehehe... nasib baik la gerak awal pg tu.. mau tak, kul 5.30 gerak tu pun kereta dah mula byk. dh dua thn ni pandai kaum2 melayu merancang perjalanan tuk blk kg dan jugak blk dr kg. hihihi.. tak de dah jem smp kereta beratur panjang kat highway tu smp tak bergerak. hihihi..

Tahun ni tak mcm tahun lepas. mlm raya tu Kota Girl dh bgtau kat adik2 sedara Kota Girl pagi sok jgn bgn lmbt. mcm tahun lepas smp nak terkeluar anak tekak ni kejut kan diorg dipagi raya. alhamdulillah la pg raya thn ni ok jek. kejut sekali sumer nya dah bgn. mcm biasa kami siap2 pg raya. lepas sembahyang raya biasa la, mintak ampun dan maap dulu.. hehehe.. airmata tu jgn ckp la.. sumer nya meleleh. huhu... lepas bergambar sumer nya bersiap2 nak ke kubur arwah atuk. dah 17 thn arwah atuk dah tak de. sedih tu jgn ckp la.. apa pun Kota Girl kalo rindu kan kat arwah atuk, mesti pegi beraya kat rumah abg arwah atuk iaitu tok long. sebut pasal tok long ni, raya kedua kami pergi kerumah dia. sedih tgk keadaan dia. sakit dah teruk sgt. mungkin menunggu masa untuk 'pergi' agaknya. thn lepas Kota Girl pergi jugak melawat dia. pun sakit2 jugak. cuma boleh bgn lagi. tp tahun ni langsung tak boleh bgn. serba serbi tak kene.

raya keempat Kota Girl dah gerak blk ke kl. tp singgah dulu kat seremban tdo kat umah pak usu. hehehe.. alang2 sebelum gerak tghri keesokkan harinya anta mak n terus ke rumah ayah kat pulak. huhu... tdo plak kat rumah ayah sehari sblm blk rumah.. wahahahha.. rindu tul rumah. maklumlah thn ni lama tul blk kg beraya. biasa nya raya ke3 dh blk dah. hihihi.. bukan apa Kota Girl risau kan ikan2 tu.. takut gak la mati kelaparan. hahahah

semlm Kota Girl blk perak sekejap tgk plak opah kat kg. tp tak de plak diorg kat kg. rupanya sumer dah turun ke semenyih kat rumah sepupu Kota Girl kan.. so pg rumah makcik2 yang ada kat kg tu jek la.. ptg dah gerak blk ke kl. terus plak ke senawang pg kerumah adik sedara sorg ni yg dok kat situ smp la kul 12 baru smp rumah.. wahhhhhhhh letih tul kali ni beraya. duit byk habis.... ari ni la baru dpt nak rehat sblm ptg karang nak pg kl sentral plak jemput Satria yang blk dr kg. so hari ni ingat nya nak mengemas la apa yang patut... hihi...

Tunang Kota Girl? dia pun blk kg dia la jugak. mcm biasa thn2 sudah mana ada penah pun beraya dengan dia.. mesti korang pelik kan.. satu hari kelak akan tau juga korang... pg td msg kota girl kata dh gerak dr kg. tak tau la.. Kota Girl diam kan aje. mana tak nya.. kata nak blk ptg smlm. tp tak jd. malas layan la... huhu....

apa pun selamat hari raya untuk korang sumer... mcm mana la agaknya raya korang kan.. hihihi... pada Kota Girl, raya yang biasa juga. mungkin dh meningkat umur ni mood beraya tu cuma rasa sehari sblm raya saja.. ahahahah.. adiossssssssssss..

Khamis, 17 September 2009

Bahang Raya

Huhuhu... Bahang raya dah terasa.. lagi dua hari jek nak abis puasa.. hahaha.. syok2.. smlm mcm biasa jek la pegi keje.. hihi.. tghri tu tunang Kota Girl dah janji nak berbuka dengan Kota Girl.. tetiba dalam kul 2 lebih dia msg ada hal pulak. mcm tak boleh nak elak. tensen jek.. tghri tu Kota Girl ada bgtau dia teringin nak berbuka kat stimbot. lama jugak la kami tak pg mkn kat situ.. huhu.. sengal tau.. hihi.. kat situ yg best nya byr jek bape puluh gitu la pastu boleh mkn seberapa byk nak mkn.. tambah la bape byk nak tambah.. mewah.... dah dia tetiba ada hal.. Kota Girl bengang la.. ada jugak la yang tak jd. tak pun Kota Girl tertunggu2 jek dia. mesti last2 dia kata tak jd. biasa dah gitu pangai dia. Kota Girl majuk last2 kata tak payah jek la.. naik nyampah pun ada.

So, dah tak jd kan nak berbuka kat luar tu dengan tunang Kota Girl, pg la ikut kwn opis ni pg bazar ramadhan dlm kul 3.45 gitu. beli jek la murtabak tuk berbuka nnt. lagipun dah tak tau nak mkn apa. Kota Girl pun bukan nak mkn sgt dah ujung2 puasa ni. hohoh... blk jek dr bazar ramadhan tu tunang Kota Girl mesej kata dh booking tempat kat stimbot tu kul 7.. ikut kan hati tak nak pg jek. tp pk dia dah booking kan.. so pg jugak la. dalam 5.30 baru kuar opis.. terus gerak ke sana.. jem dia jgn ckp la.. sengal jek.. elak jln ni jln tu plak jem.. ishk.. last2 dah kat kul 7 tu Kota Girl park jek kete kat satu tempat tunang Kota Girl dtg amik. dia naik moto masa tu.. senang la kan.. jem giler.. ada jugak 7.30 baru smp. mmg dah dekat la masa tu.. tp masih jem teruk tak boleh nak gerak lagi.. sengal2.. smp2 jek tak de masalah sbb kami dah booking table.. hihihi.. wahahaha.. lepas gak la kempunan nak mkn stimbot tu.. lalalalal.. sedap tul...

blk kul 9.30, tu pun masih lagi jem kat jln tu.. teruk nya la jem kat tempat tu.. nak2 bulan puasa.. alahai... blk rumah smlm Kota Girl mmg la kepenatan. tah mcm mana boleh pulak terajin cuci akuarium kat umah tu.. mau tak.. dah teruk sgt kotor nya.. sian kat ikan2 tu.. ekekeke.. so cuci bih kurang jek la.. asal nampok jernih udoh.. hehehe.. siap basuh baju nya la smlm gedebak gedebuk kul 12 lebih kat kul 1 jugak tdo.. hahaha.. sengal... ngantuk nya pg ni jgn ckp la... sejal akhir2 ni mmg Kota Girl tak online ym waktu mlm.. bukan apa.. tp letih.. mungkin sbb puasa n selalu pulak kuar mgu ni.. dari jumaat lepas la rasanya tak online ym waktu mlm.. hihihi.. mesti BzWoman tertanya2 nape tak online tu.. dia pun skang ni dah waktu2 nak blk kg ni nampak nya kurang skit bz nya.. tp tak tau nape tak boleh plak nak berym.. tak pe.. kat opis dh tentu dia ada keje.. siap kuar2 gik anta dokumen.. dah mcm despatch pulak.. hahaha.. tp tu yg dia bengang tu.. skang ni mudah betul dia melenting.. tak tau nape.. Kota Girl borak ngan dia pun ada jek tak kene.. smp kadang2 tu terpk.. mcm mana nak berborak dengan dia ni tak bg dia melenting.. huhu.. mungkin beban keje kat tempat keje ni byk sgt ka yg dia jd gitu? tp tgk kat rumah pun dia gitu jugak.. ada jek tak kene.. ehehehe.. apa kes mak ngah? tak po la.. dah la baru keje kat tempat baru tu, timbul pulak bulan puasa, dh tu byk keje.. skang ni dia dah drive pg keje.. baru dia tau mcm mana drive pg keje.. hahaha.. kalo dulu tu jln kaki pegi keje, siap boleh tdo lambat gitu.. skang ni dia kata tdo tu awal jek.. keletihan dah la nak bgn pepgi.. ekekeke...

BlackBiba pulak skang ni semakin rapat jek dengan Kota Girl. mau tak.. BzWoman tu dah bz sgt. Kota Girl jek la yg ada nak berborak.. mcm tu jugak la Kota Girl. ada dia jek la nak berborak pun.. pelik.. dulu2 kami tak la rapat.. hahaha.. walaupun Kota Girl kenal BlackBiba dulu berbanding dengan BzWoman, tp diorg dua lebih rapat dulu berbanding Kota Girl. BlackBiba tu tak sabar nak blk kg tu.. hihihi...esok dia dah cuti.. so pepagi dia blk kg kata nya. semangat raya... hahaha... Kota Girl pun rasa mcm tak sabar jek nak blk raya.. napsu jek tu.. hahaha.. tp bukan nak pun blk awal.. mau tak... nnt kene p beli brg.. hahahha... malas nya la hai.. ekeekkek... ada jek la kene p sana sini.. kat kg tu kalo tak panas Kota Girl ok jek.. masalahnya panas smp berlingkar kat simen.. ekekeke.. teruk tu.. kalo ada sungai belakang rumah mcm kat kg ayah, dah lama Kota Girl rendam diri sungai..ekeke...

td Kota Girl dah cek duit saguhati tu.. hahahah... dah masuk.. jd la.. 250 sape pun nak bg kan.. tuk buat tambang duit minyak ngan tol tu.. thn ni kan sengkek.. ekekkke.. tahap teruk tau.. bosan jugak hari ni.. kat opis ni dah ada yg start cuti.. cc kat sini pun dah start cuti.. huhu.. Kota Girl esok baru hlfday... hihihi... rindu la pulak dengan tunang Kota Girl.. walaupun dia byk menyakitkan hati.. dah dekat2 nak raya ni mmg la sayu jek hati.. stiap thn gitu.. sedih... bila la kami nak kawin ni.. mmg Kota Girl cadang awal thn depan atau ujung bulan 12 ni la nak kwin. ishk... tgk jek la nnt kan... jgn terkujat dah la.. hahahaha...

Rabu, 16 September 2009

3 hari menjelang raya

Salam,

Hahaha.. 3 hari menjelang raya... selasa, dari pagi segar jek mata Kota Girl. mau tak nya kalo dh terlebih tdo.. hihihi.. kat opis ni membosan kan kalo dah hampir2 nak cuti raya. mula la semua nya malas nak kerja. pastu kalo dtg kerja pun semua nya malas jugak la nak buat kerja.. hehehe.. gitu la rutin setiap thn kalo menjelang hari raya. semangat nak blk kg tu lebih kuat.. badan jek ada kat sini, otak dh ada kat kg dah.. hehehe... Tapi Kota Girl buka suka pun blk kg awal2.. panas.. tak boleh tahan dok kat kg. kalo la kg belah n9 ni ada sungai, dah lama Kota Girl rendam dalam sungai tu jek.. hahaha.. bagi sejuk badan kan.. ekekek...

Ptg ni nak pg Jln Tar Plak bwk mak dengan adik Kota Girl p beli baju adik tu. dia baru dpt duit bonus smlm. so, bleh la dia beli baju raya dia. sblm tu tak dapat lak dia nak beli baju raya kan. biasa la cukup bulan byr itu ini. nasib baik la bos dia bg bonus. gaji ujung bulan baru dapat. sian gak. Kota Girl nak bantu tak boleh la. dh tentu abis dah duit.. eheheh.. mak pulak tak de gaji bulan ni. katanya.. tp Kota Girl rasa ada skit kot.. apa pun adik Kota Girl ada bg duit bonus kat mak Kota Girl tu skit tuk dia beli apa yang dia nak beli. nak kata baju raya semuanya Kota Girl dh siap kan awal thn ari tu. tahu dah kan time raya tak de duit.. combi pakai duit tu.. huhu.. semua abis kat dia jek.... sakit2.. thn depan pun sama gak.. alahaiiii....

Sharp 4.30 Kota Girl kuar terus p amik mak dengan adik... jem bukan main teruk lagi kat jln istana... geram pun ada tp sib baik leh sabar gik.. puasakan.. hahahah.. mau tak.. tah apa la masalah diorg kat situ bleh jem.. tp mmg teruk la nak ke jln kuching semlm.. ishk... Kota Girl nasib baik terlepas kat jln nak masuk ke muzium tu ikut laluan jln merdeka. direct terus ke Jln Tar.. hahaha.. akibat jem tu lenguh jugak la kaki ni.. mau tak nya kalo dah clutch tu dh nak abis pastu jem pulak.. sengal gak smlm.. siap berbunyi2 lagi.. ishk.. aritu tak dpt nak buat clutch jek.. tak cukup bajet.. harap2 lepas raya ni ada la duit nak buat clutch tu.. ni yang mula nak pening ni kalo pk kan bab tu.. tak pe la.. asal yang penting skang combi tu dh berserbis n dah tukar brek pad tu.. dh siap mkn disk.. teruk gak.. skang ni kalo brek pun ada gak bunyi lagi.. tp tak teruk jek la kan.. tgu la nnt ingat nak tukar jek disk tu.. hahaha... smp2 kat jln tar kami round dulu smp ke hujung jln. dh smp pun pukul 6.30 terus kami cari dulu mknn nak berbuka.. sian kat mak Kota Girl.. beli beger mkn tepi jln jek. dah tak de tempat kat kedai mkn tu.. tak pe la.. mak Kota Girl pun tak kisah sgt. blk smlm dia beli kfc jek.. alahai.. Kota Girl smp umah smlm pun kul 11... uiks.. letih betul.. tu nasib baik pg blk keje.. kalo blk umah dulu lepas berbuka baru pegi mau kul 1 blk umah..

Tunang Kota Girl diam lagi. tp ptg smlm dia kol jugak. rupanya tdo. geram jek Kota Girl. mau tak nya asal tiba masa dia nak ilang dia ilang.. dia nak senyap dia senyap.. sakit tul hati. dh last ni ingat nak la berbuka ngan dia kat luar.. pg sabtu ni Kota Girl nak blk kg dah lepas sahur. dia ni masih lagi tak kisah kan Kota Girl.. sedih la mcm ni.. tak pe la.. tuhan tu adil.. satu hari nnt dia pun akan rasa apa yang Kota Girl rasa skang....



Selasa, 15 September 2009

4 hari lagi..

Salam,

wah.. tinggal 4 hari jek lagi kita nak sambut raya.. ehem2.. penuh ke puasa2 korang sumer.. yg perempuan tu tau sgt dh la.. tak payah kabo pun tau dh tak penuh..standard la kan perempuan.. Kota Girl sendiri pun tak penuh. hahaha.. persiapan raya takat ni ok dah la.. termasuk la combi tu. tapi yang tak bleh lupa nya la pasal smlm. Kota Girl p la nak buat aligment combi tu kat satu kedai ni. dulu penah la jugak buat kat situ. kira ok la kan. dh tak de tempat lain nak pk nak buat. so terus tuju kat situ jek. smp2 jek Kota Girl tgk penuh dengan org. maklumla nak blk raya. kete kene la serbis pastikan selamat termasuk la keadaan tayar. dalam byk2 tu rasa nya Kota Girl sorg la pmpn yang nak buat aligment kete. ishk.. malus gak.. tp buat tak tau jek la. dh la tak dilayan, bila tokey dia tanye nak buat apa, n cek keadaan combi tu dia pun panggil Kota Girl konon itu tak kene ini tak kene la. tau sgt dh la. nak raya ni sumer nya tak kene. nak soh tukar la tu. walhal benda dia soh tukar tu pun bukan penting sgt. Kota Girl cuma nak buat aligment yang harga cuma rm40 jek. mungkin pada diorg tak berbaloi nak buat dengan harga tu. so diorg pun tak layan la Kota Girl. ada jugak la stgh jam Kota Girl tunggu. konon kete byk.. walhal dh kurang pun buat tak tau jek kat Kota Girl nya kete. ada abg tu baru jek smp terus diorg layan sbbnya abg tu nak tukar tayar yg berharga rm235 sebiji. tayar apa ek? haaaa.. tayar kete unser.. sengal jek Kota Girl rasa kat situ.. last2 Kota Girl start enjin terus bla.. dh hampir sejam tak dilayan.. geram jek.. mentang2 la kita cuma nak byr rm40.. tak dilayan pulak kita ni. tensen jek Kota Girl. terus start enjin p byr duit combi kat bank. hilang geram.

3 hari tak update blog. huhu... dr hari jumaat ritu blk keje Kota Girl pg jumpa tunang Kota Girl.. dh lama pendam rasa.. hari tu sakan gaduh. tp kejap jek la kan.. geram nya bukan main la.. usah nak dikata. geram jek.. walaupun dh dpt benda tu ptg jumaat tp pg sabtu nya baru clear. apa lagi.. pg setel kan combi. yg penting tu.. pg tu sblm p setelkan combi Kota Girl pg rumah mak Kota Girl dulu. lepak2 kat sana.. dlm kul 2 baru p bengkel. so ptg tu la baru siap. hari tu sumernya Kota Girl setelkan. duit gaji dh abis setelkan rdtax dengan lesen. jugak utang skit2.sengal2.. skang ni Kota Girl tunggu yg 250 tu plak. bila tah nak dpt.. hehe.. bukan apa.. harap tu jek la nak buat duit minyak ngan tol nak blk kg ni.. adess hai.. tahun teruk betul la nak beraya thn ni.. sengal. Tunang Kota Girl pun tak dpt nak bantu tahun ni. dia pun tengah 'sakit' skang ni.. ishk.. bosannya la hai..

Kelmarin bergaduh dengan dia pasal kantoi plak pasal sumer email2 dalam fb Kota Girl. maknanya termasuk la email si doha tu.. ermm.. dia bengang jugak.. tp dia kata tak kan buat apa2.. sbb dia harap dia jugak tak kan buat blk apa yg Kota Girl buat. Kota Girl mmg sakit hati. dia ingat dia siapa nak soh Kota Girl ni jadi tunggul jek. Kota Girl pun ada gak pk masa depan Kota Girl. tak kan nak tgu dia yg tah apa2 nak jd kemudian hari. dh la tak kol Kota Girl. tak msg. tau2 nak ckp tak puas hati pulak. apa kes.. mcm la dia tu setia sgt kan. mmg sengaja pun Kota Girl nak bg kantoi. biar dia tau, Kota Girl ni bukan la nak jd bodoh selama2nya nak kene tgu dia. biar dia tau yang Kota Girl ni masih ada org nak kalo dia tak nak. biar dia tau yang Kota Girl ni masih laku lagi n boleh hidup kalo tak de dia pun dalam hidup Kota Girl. tp mungkin sbb dia paham keadaan Kota Girl tu la yang dia tak ckp byk. sendiri mau ingat la. huhu.. tahap kesabaran Kota Girl ada batasnya.



Jumaat, 11 September 2009

Bila nak dpt?

Smlm Kota Girl sibuk kol sana sini pasal benda tu. kol bnk kol koperasi. sumer nya sbb nak tanye bila nak setel. apa masalah smp tertangguh gini. geram tul la Kota Girl. sakit hati. tak penah tul jd mcm ni. entah bila nak dpt pun tak tau. mau tak nya dh mkn masa dua minggu. janji lepas smgu setel bleh dpt. last2 one of staff koperasi tu bg tau soh kol ptg dlm pukul 6 untuk tau mcm mana. so ptg smlm Kota Girl pun kol la staff tu. dia kata dah setel. Alhamdulillah... tp bila pulak nak dapatnya? kene plak kol staff lain pg ni. dh stgh jam Kota Girl dail no org tu tak de jek. masuk keje kul bape dia ni? kata kul 9. geram nya la hai. harap2 bleh la dpt hari ni atau pun esok. jgn la mkn masa smp mgu depan lagi. kalo bnk in kan ari ni mau ptg karang org bank tu baru nak kolek cek dlm mesin tu. ishk..... sengal la... bila lak nak setel yg tu.

Sekian lama Kota Girl dh jarang bwk combi ni kan, pg ni nampak plak si combi tu bocor. alaaaaaa.. ni makan duit lagi ni.. ni yg paling Kota Girl risau kan benor nya. mau tak. minyak itam kalo dh bocor abis la.... ishk.. tghri ni cadang nak p anta combi ke bengkel. ingat nak anta ptg. tp mcm tak sempat plak kan. tgk la mcm mana.. sbb nak tgu jugak la roadtax tu smp ke tgn. patut nya ptg smlm. tp tak smp2 sblm kul 4. dah la nak blk kul 4.30. so, soh dia anta pg ni jek la. senang.

Kul 3 smlm kuar la dengan Z ngan sorg lagi member opis ni pg bazar ramadhan kat bangi.. ekekke.. saje test beli mknn sana pulak. thn ni tak penah sekali pun Kota Girl jejak kaki kat situ. kalo dulu2 situ la tempat utama Kota Girl sblm mak usu Kota Girl berpindah ke seremban. blk keje mesti singgah beli mknn buka kat situ sbb mmg hari2 berbuka kat umah mak usu.. sejak dia berpindah ke seremban mmg tak de dah la pg ke sana. ermm.. ok2, smlm beli mknn skit jek la.. sbb kat situ smp2 jek tak ramai lagi yg bukak.. dh tu byk pulak yg menjual nasi lemak kukus. tak berkenan Kota Girl nak berbuka dengan nasi lemak.. hehehe... blk2 jek dr situ ada la masa lagi 5 minit nak blk.. hahaha.. kul 4.30 terus bla blk.. tumpang Satria kan.. kalo bwk combi boleh la blk lmbt skit...

Ptg smlm lepas berbuka kami siap2 kuar pg ke ampang park. Satria nak cari kuih raya n baju katanya. last2 berkenan satu baju kurung plak dia. kata nya nak buat baju keje. dalam belek2 tu dia oper nak belikan Kota Girl satu pasang baju tu. Kota Girl segan la dengan Satria ni.. dulu2 kalo selalu teman dia, n dia ada duit mcm tu la sikap dia. tak penah nak kedekut. mmg hati dia gitu agaknya. kalo bab mkn gitu jugak. byk dh mknn Kota Girl kalo pg bazar ramadhan tu dia byr. patut la murah rezeki dia. kalo susah2 tu ada jek jalan kuar untuk kesusahan dia tu. segan Kota Girl smlm. tp amik jugak la.. sbb berkenan. boleh buat baju keje. Kota Girl ni kalo baju keje mmg jarang nak membeli. susah skit la.. kami gerak blk dalam pukul 9.30 smp umah Kota Girl singgah kejap umah dia mkn kuih.. hehehe.. mana tak nya td berbuka kami kekenyangan sgt. ada la dalam kul 10.30 Kota Girl naik balik umah. blk2 jek siap2 terus letak kepala dah terlelap. penat agaknya. entah penat apa pun tak tau. penat berpk la tu...



Khamis, 10 September 2009

Khamis yang bermakna :-)

Morning... hahaha... Salam,

Pagi2 ni Kota Girl bukak maybank2u.. hehehe.. cek gaji dh masuk ke blom.. hahaha.. syok la gaji masuk awal plak kali ni.. tak mcm bulan lepas.. sengal.. kul 9 baru ada lam bank.. hehehe... bukan apa, Kota Girl nak hidupkan rdtax combi tu haaa.. last esok.. lusa tak leh bjln dh.. sabtu tu.. mana tau nak kuar p mana2 kan.. lagipun penting rdtx tu kene hidup. lesen Kota Girl pulak last sabtu.. hahah.. best betul la perancangan.. ekekkee.... so kang bleh la nak hidupkan rdtx.. yeahaaaaa..

Mlm td Kota Girl dh soh tunang Kota Girl kol pagi2 ni.. sbb nya nak mintak dia tolong bwk kan combi tu pegi serbis n tukar brek pad. kalo kompom kat situ clutch harga tak smp 500 bleh la tukar sekali. dh tak de pilihan. kene jugak la buat. penting tu. buat nya la blk kg nnt kete tak boleh nak gerak tgh2 otw blk kg tu ke atau tgh2 nak pegi beraya ke? sengal la kan.. kedai bengkel cina mmg la bukak time2 raya ni.. masalahnya kompom harga melambung.. hohoho.. sakit weh gitu... mcm thn lepas la.. nasib baik la radio tu satu pin plug dia jek yg tercabut.. tu yg tak berbunyi tu. dpt pree lagi cina tu bg.. hahaha.. best2.. so thn ni tak mo la kalo jd apa2 kan. hahaha..

Plan thn ni nak pg mana pun tak tau.. Kota Girl ni kalo beraya kat kg bukan boleh lama2.. rimas.. bukan rimas apa.. sumer nak ikut kata2 adik2 sedara Kota Girl jek.. sorg perangai mcm ni, sorg perangai mcm gitu.. runsing la... tp pk kan mak ngah ngan pak ngah tu jek la Kota Girl blk jugak raya kali ni.. ikut kan malas dh.. tu pun cadang nak gerak lepas sahur sehari sblm raya.. hihihi.. rimas nak gerak mlm... mau jem tak ingat dunia tu.. huhu.. tak nak la... ermm.. step mom ngan ayah pulak blk sini awal.. so mungkin la Kota Girl pg beraya rumah diorg raya ke4 tu.. hihihi.. stepmom keje awal. tak amik cuti sbb ayah tak cuti. ikutkan jek la kata step mom.. kalo Kota Girl nak blk kg ayah, tak sempat rasanya jumpa diorg.. sbb ayah ada kat kg tu ptg raya pertama rasanya.. so tak dan la kan nak jumpa.. jumpa kat rumah diorg jek la kat sini.. tp nak pg mana nnt ek kalo cuti lama2? BlackBiba kata cuti tak lama.. hahaha.. bleh la kot p jumpa dia.. hohhooho..

Smlm PM kita umumkan yg kakitangan kerajaan dpt gak la bonus... rm500??? huhu.. jadi la.. tp masalahnya kenapa mesti dibyr dua kali? tak terasa langsung la duit tu. tu dh dikira duit raya.. bukan nya bonus.. mau tak nya.. skit sgt.. tp jd la dr tak de kan.. sblm ni kata tak de bonus sumer nya merungut kenapa tak dpt bonus.. bila dh diberi, komplen pulak tak cukup la sikit la apa la.. apa la melayu kita ni... tak bersyukur langsung... jd la.. sape nak bg pun 500 tu kan? huhuuh... Kota Girl pun terasa gak skit.. tp bersyukur lagi la sbb ada la jugak.. dpt la tambah apa2 yang patut.. yang kesian nya tahun ni tak de la duit raya untuk adik2 sedara Kota Girl.. hahaha.. sori la kalian... kakak korang ni sengkek giler2 nya raya thn ni.. hihihihi.....

Mlm td akhirnya dpt jugak la berborak dengan BzWoman, dia ni.. sejak dh dua bulan kot, ke tak smp la.. sebulan stgh kat inai tu, mmg tak cukup tgn.. hahaha.. siap status kat ym tu tinggal nak guna kaki jek ni.. hahaha minah ni... mau tak.. bz giler.. Kota Girl tak penah gik la kan ada kwn mcm dia ni.. bz giler.. smp tak sempat la nak berborak.. kat rumah pulak terkejar itu terkejar ini.. huhuhu.. mmg ada peluang nak rehat dia amik secukup2 nya. mau tak.. ajak kuar pun dia susah.. kalo dia nak kuar beli brg.. dia beli sndiri jek skang ni.. tak berteman dah... sengal.. gud2.. parking membontot dh lulus ek? hahahaha... bleh la.. nnt aku nak test tgk.. hahaha...

Sejak akhir2 ni.. hati Kota Girl tenang jek.. entah la... mungkin dh penat pk kan sumer masalah.. skang boleh releks jek.. termasuk la dengan tunang Kota Girl nya masalah tu.. lantak dia la... ada jodoh dengan Doha baru dia tau.. hahahhaha.. sengal weh kene tinggal.. ekekeke.. lama gak tak buat pangai jaat gitu.. tinggal kan lelaki sbb dpt lelaki lain.. hahahah.. sekali sekala kene penting kan diri.. hohoho...

Rabu, 9 September 2009

Smlm blk keje beli buka kat kedai tomyam jek. Satria kata dh jemu nak beli kat bazar ramadhan. betul la tu. Kota Girl pun dh bosan nak beli kat situ. mau tak.. tak tau la dh nak mkn apa. balik2 murtabak. hehehe.. sengal gak tu. nak beli nasi berlauk. susah nak tau mana yg boleh ditelan. hahaha.. bulan2 poser ni.. kalo bab meniaga, sumer nya laju jek. tp bukan amik kira pun mknn tu sedap ke tak. men jual jek. susah tul org skang ni.

lepas berbuka smlm, Kota Girl n Satria kuar p jumpa sorg kakak ni. bleh kata kawan Satria dh la. dulu Satria ni pelanggan dia jek. hehehe.. kami p oter muka. hahaha.. bersihkan apa yg patut. lalalla... muka tu penting pe.. hahaha.. nak2 bg pmpn. Kota Girl plak mmg nak kene jaga la start skang ni. bukan apa.. lepas raya ni dpt oper photo shoot dr kwn Kota Girl. haaa.. nak buat potpolio. saja jek la... dia oper amik pree n tolong buat kan, apa salahnya kan.. nnt kalo ada org nak oper part time model dpt la masyuk skit pun.. hahaha.. malusssss jek.. dah tua2 ni ada hati nak buat keje gitu gik. alaaa.. Kota Girl ni bukan pandai pun.. asal dpt jd model tuk raga2 baju tuk majalah ke apa ke dh ok la tu.. tambah duit skit2... nak jd model catwalk tak cukup tinggi plak kan.. hahaha... sbb tu la nak kene jaga muka dr skang ni.. ala.. tuk amik pic jek nnt..

kami kat umah kakak tu ada la sejam stgh jugak.. kuar umah kul 9 lebih smp situ 9.30 dekat jek. kat area mines tu umah dia. lepas Satria setel Kota Girl plak setel. hehee.. kebetulan kwn Satria kol. lama dh diorg tak berhubung. so kebetulan dia tu lalu area kami tu yg kol nak jumpa kejap.. ok jek la.. tak kan la Kota Girl nak soh Satria anta blk dulu kan. lagi pun jumpa tu kejap jek... kebetulan pulak kwn Satria tu ada bengkel kete. so Kota Girl pun tanye la pasal clucth nya harga. rm500. adess hai.. sakit2.. takat ni mmg Kota Girl usha2 dulu mana rendah harganya. clucth tu dh abis tu... mcm tak selamat jek la nak blk kg kalo tak tukar kan. ada jugak kete tak leh jln tgh bersuka ria ngan pemeli nnt. tak pasal2 kene towing plak. lagi mahal kalo kene towing sumer tu. nak raya ni keselamatan mmg la kene jaga. adess hai...

Dalam tgh2 tanye tu, kebetulan pulak tunang Kota Girl msg tanya dh tdo ke blom. alamak hai. mcm tau2 jek Kota Girl kuar rumah. mmg tak ckp dh dengan dia. skang ni hati Kota Girl dh tawar. apa pun dh malas nak inform dia. suka hati dia la. tak tau la nak jd apa kat kami. kalo putus.. putus jek la.. malas dh Kota Girl nak jaga2. dia buat tak tau jugak. tp dengan Doha, mcm ada perkembangan jek.. hihih.. tak pe la.. blk2 kat tunang Kota Girl tu, tetiba dia kol. alamak. tak jawb kang lain lak kan. so jwb jek la. kata kat luar ngan Satria. rupanya dia nak tanya soklan pasal kes kwn dia ni. oooo.. bg tau jek la.. lepas jwb terus Kota Girl letak pon. dalam 12.30 la kami gerak blk. Kota Girl smp umah jek releks jap pastu terus tdo.. huhu.. ngantuks...



Budus ke apa?

Sengal betul la.. ni yang nak marah ni. smp ke hari ni still lagi tak dpt. hari tu bukan main lagi pomot2. skang dh bape mgu tak jugak dpt2 lagi. nak marah2 ajen tu ni bulan poser. tp rasa mcm dh ilang sabar pun ada jugak ni. dh nak dpt gaji dh pun Kota Girl ni. yg tu tak jugak dpt2 lagi... eiii.. geram tul... ilang sabar la rasanya.

Dah la nak setel combi tu.. mcm2 lagi nak dibuat. tp ajen tu bleh lepas tgn jek. dh submit borang terus lepas tgn. geram tul la kan. sakit hati ni jgn ckp la. smlm bleh plak tanye dh dpt ke blom? nampak sgt la dia tak follow up benda tu. eiiii kang sebut negeri kang tak pasal2 kata perkauman plak. budus tul la.. ni nak marah ni kan.

Isnin, 7 September 2009

Tak boleh tdo

Dah kul 2.30 am. sengal tak boleh nak tdo pulak dh Kota Girl. mungkin sbb td minum kopi kat old town. hahaha... td lepas jek berbuka, Kota Girl dengan Satria lepak kat old town kat south city. saja la kami lepak. lama tak keluar. so ari ni saje test kuar dlm bulan poser lepas berbuka. mcm semlm mkn byk kami kekenyangan sgt. lagipun penat masa tgu kete siap kat bengkel smlm. tp hari ni kami segar bugar plak. kebetulan Satria nak cari brg kat giant situ. so ok la, kami pegi dulu beli brg sblm lepak kat old town tu. lama la konon tak pekene kopi. haaa.. amik.. tak boleh tdo dua2. hahaha... at least Kota Girl tak boleh tdo boleh jugak layan tenet kat umah ni. Satria siap msg Kota Girl kata tak boleh tdo.. hahaha.. sian kat dia. maklum la.. dh beli laptop, modem broadband pun dh beli. cuma sim kad line jek tak de lagi. kalo tak boleh jugak la dia layan tenet kan. skang ni tak tau la dia dh tdo ke belum. sengal tu kami tak boleh tdo dua2.. hahaha.. penangan kopi. huhu.. pg sok ada jugak tak sedar ni. mcm pg tadi la. Kota Girl tak sedar langsung nak bgn sahur. sedar2 jek kat kul 7. nak kata apa. takat bgn solat jek la.. pastu sambung blk tdo. hehehe..

hari ni Kota Girl on la jugak ym tghri td. nampak la BzWoman ni online. Kota Girl pun mcm biasa la tegur. tp dia tak jwb pulak. agak nya kan dia marah kot pasal smlm. hohoh.. tak de apa pun. mcm biasa kami ni selalu jek berbeza pendapat. tp kalo berdpn ok jek. Kota Girl perasan la kan. sejak akhir2 ni, Bzwoman ni makin sensetip. tak tau nape. silap skit makan hati.. hahaha.. sib baik tak mkn tulang.. adesss.. mau ada jugak terkeluar senarai Kota Girl ni dr list kwn2 dia. yang pangai Kota Girl ni plak. suker sgt sakat dia. kadang tu saje jek bg dia panas.. huhu.. sowi.. hahaha.. entah lah. Kota Girl ngan BzWoman ni mmg gini. kami ni panas skit. tp paham dh hati masing2. biasa nya antara kami mmg tak amik hati pun. kalo dia panas kan Kota Girl, bukannya Kota Girl heran pun. mmg tau dh pangai dia. ada gak la sekali sekala terasa hati. sama jugak la dengan dia pun. cuma mungkin kali ni dia pulak terasa hati dengan Kota Girl. hohoho.. sori ler.. apa pun Kota Girl tak amik pusing sgt. tau dh pangai dia. nnt dia ok la tu. ke saje plak nak bg Kota Girl kalut. hehehe.. pandai gak ek... apa pun harap2 tak de masalah timbul antara kami. lama jugak la kami berkwn. masing2 mmg dh tau pun hati masing2.. tp yang pelik nya sejak usia meningkat ni la. hohoho.. sensetip dh ka kami? entah la.. apa pun luv u la BzWoman. kwn yg tak penah tak de kalo Kota Girl susah hati.. hhahaha...

Tadi dpt email dr Doha. hoho.. lmbt pulak dia bls skang ni. hubungan antara kami nampak nya berjln dengan baik. tak mcm Kota Girl dengan tunang Kota Girl. makin kalut. puas jugak la mintak kat Allah S.W.T agar dipercepatkan jodoh. tp entah la. mcm makin dh tak de jek? atau ini dugaan untuk kami. Si Doha ni, saja jek Kota Girl usha dia try ajak kawin. nak pulak dia. katanya dh jatuh cinta dengan Kota Girl. berhati2 bang, kita belum pernah berdpn. hehehe... cinta internet.. bukan boleh percaya. apa pun Kota Girl mmg selesa berkwn dengan Doha. tp yg menjadi masalahnya, masih lagi tertanya2 betul ke dia ni kat Doha. walaupun dh berkeping2 pic dia kirim menandakan dia kat Doha. hahaha.. entah la. tp kalo la betul hubungan kami makin rapat, dan menandakan kami ada jodoh, mcm mana dengan tunang Kota Girl???? susah nya hati nak melupakan dia...

Hari ni xtvt Kota Girl tak de apa sgt. dr pg releks tgk tb. tghri baru la siap2 mandi n gosok baju keje untuk seminggu. huh, byk tul.. lama rasanya tak menggosok byk tu. hahaha... bosan gak la dok kat rumah tak de keje. siap basuh baju yg ada skit2 tu. hahaha... punya la nak isi masa lapang sehingga kul 4. kul 4? ermm.. Satria ajak pg bazar ramadhan kat sg besi. saja nak test mknn kat sana pulak. bila smp sana, punya la sesak. tak ramai lagi org, tp parking yang tak de. dua tiga kali kami pusing last2, buat keputusan pg ke bazar ramadhan serdang jugak. hahaha.. percaya tak? jgn tak percaya. hohoho... biasa la kalo dh smp bazar. beli apa patut terus blk. smp jek rumah, terus lepak rumah Satria smp lepas berbuka sblm blk utk keluar blk.

bosan.. apa yer nak buat. pk kan masalah? entah la.. pening2.. lama jugak tak pegi rumah cousin tercinta.. hehehe.. dia pun mesti dh tak larat tu. tgu masa gak tu nak bersalin lepas raya ni anak ke3 kan... saja la malas pg. nnt dia mesti susah2 nak masak itu ini, beli kat bazar lagi tuk berbuka. so, tak pe la.. tgu la lepas raya ke pg rumah dia. maid dia skang ni blk kg raya kat sana. indon la katakan.. huhu.. yg baik nya maid ni dgr skit ckp cousin Kota Girl ni. tak mcm dulu2 sumer nya buat hal. cousin Kota Girl ni pulak jenis lembut kan. bukan mcm majikan lain. dia ni buat maid dia mcm sedara jek. bebas jek maid dia tu nak buat keje. tak de paksaan. asal kan maid tu tau apa keje dia. dh memadai. tak de la peraturan ketat yg maid tu nak kene ikut. alhamdulillah lah... tak de lagi masalah maid si cousin Kota Girl ni. cuma skang anak sulong dia jek la, dia letak kat kg mak mertua dia. cousin Kota Girl ni rindukan anak dia tu. maklumlah jarang terpisah. tp nak buat mcm mana dia pun tak larat. nasib baik mak mertua memahami. lagipun mak mertua dia tu sker ngan anak cousin Kota Girl ni. mmg dr kecik rapat jugak la...

Lama jugak la tak kol ayah Kota Girl. huhuhu.. bukan tak nak, tp kalo Kota Girl kol ayah, 1st, mesti kene bebel dulu.. hehehe.. biasa la.. dh lama tak kol mmg kene la kan. Ayah Kota Girl ni mmg la garang. tp skali dia tunjuk sifat penyanyang dia tu.. hohhohoho.. bleh gurau smp main kepala tau. Ayah Kota Girl skang ni ada kat s.alam. ermmm.. dia dh berkwin lain 17thn yg lalu.. hehehe.. eh2 jap2.. 18 19 thn kot. tak ingat pulak. adik Kota Girl yg sulong kat sana tu pun dh 18 thn rasanya.. hoho.. silap kira pulak. mak tiri ek? yer la.. ni mak tiri Kota Girl yg ke 3. apa citer? nnt kita citer.. Step Mom Kota girl ni kan mmg la sporting... apa pun masalah Kota Girl boleh citer kat dia. penah jugak la hidup dengan step mom ni. dia mmg la baik. nasib Kota Girl ni boleh dikatakan baik juga. walaupun mak tiri, tp tak pernah rasa itu mak tiri pun. seolah2 mak kandung sendiri. jgn terkejut kalo Kota Girl kata lebih rapat dengan step mom ni banding dengan mak kandung Kota Girl.. hahaha... skang ni step mom Kota Girl la tempat Kota Girl mintak nasihat selain dr Mak usu Kota Girl.. hehehe... pendengar setia jugak pemberi nasihat yg bagus. hoho.. rasa2nya thn ni kalo Kota Girl blk kg ayah raya kedua, mau jumpa diorg kat kg. ayah mmg beraya kat kg tgk mak dia stiap kali raya kedua. yg risau nya, Kota Girl kalo blk kg ayah, mesti bwk mak Kota Girl. adesss.. nasib baik la skang ni mak Kota Girl mau jugak dgr nasihat Kota Girl. bila dh bertembung tu apa lagi.. mak dia aje la. mungkin dh tua, dia pun malas nak layan ayah. hehehe... step mom? ok aje dia bila mak n ayah Kota Girl bertembung... hahaha.. siap ofer kat ayah bleh kwin blk dengan mak kandung Kota Girl tu.. hohoho.. tak koser la.. biar jek mcm skang kan.. asal kan semuanya hepi2 ajek... hihihi...




Ahad, 6 September 2009

Tak Setel Lagi.

Salam,

Hari ahad rini.. sengal tul la.. kota girl tak dapat lagi setelkan hal tu. mau tak. hari jumaat tu kata masuk hari tu. tiba cek hari sabtu tak de lagi. pastu bleh plak kata yang lain punya. ishk. dh nak kene tgu hari isnin. jgn isnin pun tak de lagi sudah la kan.. ada jugak nak kene marah ni. ckp bercanggah2. tah mana satu Kota Girl pun tak tau...

Smlm buka poser kat umah abg Satria. yer la kan dh Satria ajak. kebetulan masa tu teman dia pg tukar timing belt kete dia. adesss berjam jugak la tgu. tp ok jek sbb unkel bengkel tu siap anta kami pg mines.. hahaha.. mmg nak pg pun.. tp sbb lmbt tu kami pk gak cm ne nak singgah. dh unkel tu oper antakan n blk dia amik blk.. apa lagi.. kami jln jek laa..hahahah.. kat mines tu sempat la sambar gak beg. beg dh byk? huhu.. beg tu hadbeg yg Kota Girl nak cari utk muatkan laptop ni skali dlm beg tu.. laptop ni kan besar. kalo kecik tu senang jek angkut lam mana2 beg yang ada. puas dok cari akhirnya dpt jugak. blk2 smlm test ok jek.. muat2 la.. ngam2 gitu.. tp tak leh nak zip jek.. tak pe la kan.. nnt Kota Girl nak beli sarung jek laptop ni sbb nak masuk kan dalam beg ni takut pulak calar2 nnt.. hehehe..

mkn masa lam 4jam stgh gak la smlm kete baru siap.. ada la yg tukar2 tu.. kul 6.40 baru kami p pasar ramadhan nak beli kuih.. Satria dh janji nak beli kuih so kene singgah gak.. Kota Girl tak kisah.. huhu... smp2 jek umah abg Satria kami apa gik. terus serbu meja la.. sbb dh berbuka pun masa tu ada la lam 5 minit.. hahahah.. skali skala kan.. ok jek... tp segan la kan hehehe.. masuk2 terus serbu meja mkn.. hihi.. abg Satria kalo buat air mmg ler sedap.. ari ni mcm terasa2 gik air sirap limau nipis dia semalam.. hehehe.. kak ipar Satria tu pulak rajin tul masak. mau tak. setiap kali dtg mesti mcm2 dia masak. ada nasi tp buat lak mihun sup smlm.. hhehehe...

kami stay smp kul 10 lebih jugak la kat sana. mula kata nak tgu abg Satria blk terawih tuk p tgk kucing. tp owner kucing tu tak de pulak. apa lagi. kami blk jek la. smp umah dh pukul 11. lepas mandi setel sumer terus Kota Girl nak tdo.. tp tak boleh tdo pulak.. dok Golek2 tp tak leh nak lelap mata. kul 1 baru lelap.. haaaaa... amik.. pg ni smp tak sedar bgn sahur. kul 6.45 baru bgn.. adesss hai.. bgn solat subuh jek la.... huhu... sengal gak..

smlm borak la kejap dengan BzWoman. huhu.. dia ni sejak keje kat inai mmg la bz. Kota Girl ngan BlackBiba terpaksa la bwk diri tak de dia. hehehe.. kadang la dia dpt gak borak dengan kami. Tp bila dh lama tak borak ada jugak la yg dia ketinggalan cerita pasal kami.. mcm BlackBiba kene la tgu hari sabtu.. hehehe.. masa tu la kot BzWoman dpt borak dengan dia. untuk bulan poser ni BzWoman tak keje pun hari sabtu. BlackBiba mcm biasa la kan. kalo Kota Girl pulak ermmm, kat rumah la.. tu pun kalo online.. kadang2 berbuka kat rumah Satria smp mlm baru nak blk umah sndiri. dh tentu la BzWoman tu dh tdo.. hehehe...

bosan jugak poser tahun ni.. tak tau la kenapa. Kota Girl penuh dengan problem yg tak dpt nak disetelkan kot. ni pun tengah pening2 lagi mcm mana nak setel. ishk2... blk kg pun tak tau mcm mana ni. ingat thn ni nak blk ke kg ayah. tp kesian pulak dengan mak Kota Girl. ishk2... susah kan.. bila ek Kota Girl nak blk kg raya ni. kebanyakkan org dh tentu la blk hari jumaat mlm kot. atau pun sahur. Kota Girl dekat jek. tp malas nak blk awal2... hehehe..poser kat kg panassss la... alahai... kalo musim hujan tu best la skit.. hehhe... tak pe la.. apa pun mmg Kota Girl kene plan blk ni.. mcm tak jd jek plan yg hari tu nya... hahaha.. adiosssssss..




Jumaat, 4 September 2009

Hari ni rasa bosan gik.. pakal la ari ni las keje mgu ni.. tak penah2 rasa bosan teruk mcm ni.. seksa jek rasanya nak abis kan mgu ni. smlm permohonan Kota Girl tu dh lulus pun. tp masalahnya tak seperti yang Kota Girl mohon. jd baki kat tgn jd skit la.. sengal tul. org yang tolong tu pun tak bg tau apa masalahnya. tau2 dh jd gitu jek. mmg dh tak boleh la nak buat apa kan. sengal la.. sakit ati pun ada.. masalah yang ada bukan leh setel sumer pun.. ishk...

kata ari ni dpt la. tp tak tau la bila dia nak masuk kan.. ishk... ngeluh jek ni. runsinggggg sgt2.. nak setel combi cepat2 skit.. mcm mana ni? org tu kata buat permohonan baru.. senang jek ckp.. nnt tanggung nya Kota Girl jugak... alahaiiiiiiiiiiiiii.. bosan. pening. runsing. ishk3.....

Khamis, 3 September 2009

My Story

Salam, bosan la arini.. so ari ni Kota Girl ada la byk masa kan nak update blog ni. dn nak bercerita kisah Kota Girl yang korang nanti2kan. hahaha.. yer ker nanti? kalo yang dh tau tu tak payah la.. hihihi.. ni tuk yang tak tau jek.. huhuhu..

Kota Girl ni kan dibesarkan dlm keluarga yang mcm mana ek nak ckp.. semua ada kot. kecuali ayah. mak dengan ayah Kota Girl berpisah masa Kota Girl 3thn lagi. so kami dua beradik tak kisah sgt la tak jumpa ayah pun walaupun ayah tak dtg jumpa kami.. hehehe.. kat rumah Kota Girl tu ada adik, mak, nenek, pak usu Kota Girl. dulu ada arwah atuk. tp dh meninggal masa Kota Girl umur 13thn. sedih Kota Girl masa arwah atuk tak de lagi. mau tak. dia la tempat Kota Girl bermanja. segala keperluan sekolah, apa berlaku kat sekolah, kalo Kota Girl perlukan sokongan, arwah atuk la org nya. tp tu dulu sblm arwah atuk ada. skang ni serba serbinya sendiri. mak? mak Kota Girl tu mmg susah nak jumpa. keje kilang. pg2 kul 6.30 dh tak de pegi keje. kul 12 mlm baru blk sbb OT kat kilang tu.. mana nak jumpa. nasib baik Kota Girl pandai bwk diri dan tau sedar diri mak gitu sbb nak cari rezeki tuk kami adik beradik. hihihi..

Start sekolah menengah, serba serbinya berubah. kalo masa kecik tu Kota Girl pemalu nak berkwn dengan lelaki, siap menangis la kalo budak2 lelaki dekat ngan Kota Girl ni. hehe.. tp bila dh naik alam remaja tu lain la kan.. berani la jugak. kat sekolah Kota Girl mmg aktif sukan. mmg dr skolah rendah la. sokongan dr arwah atuk la katakan. hehehe.. tp yg baik nya Kota Girl ni sbb tak la mcm pelajar2 lain sker ponteng2 skolah. pg kuar rumah pegi skolah la konon tp tak sampai pun kat skolah kan.. hehehe.. yang tak baik nya. nak ponteng skolah ponteng dr rumah. usah masuk terus ke skolah atau merayau2 dengan baju skolah tu. huhuh.. tak suker org tgk yg Kota Girl ni budak skolah. hahaha..

Kat sekolah Kota Girl ni bleh di kira dengan jari ada bape jek kwn pmpn. tp Kota Girl ni lebih sker la kan berkwn dengan senior2.. mmg dr form 2 tu dh geng dah la dengan senior2 ni.. so glemer la skit.. nak2 ada rupa skit kan. bab kwn2 pmpn Kota Girl pun sumer nya lawa2 lagi dr Kota Girl ni.. heehehhe. so dpt la skit perhatian terutama senior2 kami tu.. hahaha.. ada sorg kwn kota girl ni yang masuk ke skolah tu form 3, dia ni nama dh la sama dengan Kota Girl. cuma ada tambahan skit jek kat ujung nama dia tu. duduk dekat ngan Kota Girl. blok sebelah2 jek. oppss lupa bgtau Kota Girl ni dok Flet jek. hahaha.. kami panggil dia Kucing. sbb nya? hahaha.. sbb dia ni takut sgt dengan kucing. disbbkan rumah kami dekat slalu jugak la Kota Girl bertandang kerumah dia. bukan apa.. sbb bosan kat rumah tu dengan sikap nenek Kota Girl ni. dia bukan suka kwn2 Kota Girl dtg rumah. jgn ckp Kota Girl la. mak Kota Girl dr kecik pun gitu kata nya. tak suka org dtg rumah. tah apa pesen pun tak tau la nenek Kota Girl ni. kalo dengan jiran2 tu asyik bergaduh jek. ada jek la tak kene dengan dia. rimas tul Kota Girl. tu la sbb nya Kota Girl tak sker sgt dok rumah. paling tak pun Kota Girl dok kat skolah kat library. almaklumla pengawas perpustakaan. hehehe.. ada hari2 kene bertugas kan lepas waktu skolah tu.

So, bila dh selalu bertandang ke rumah kucing ni yang Kota Girl panggil dia adik selepas jd keluarga angkat, sbb panggil adik besday dia lmbt skit dr Kota Girl. dia plak panggil Kota Girl kakak. hahaha.. mcm belangkas la jugak kami. tp tak satu kelas kat skolah. kat skolah kurang skit dengan dia sbb tak sama kelas. cuma time2 lepas kelas tu jd geng blk la atau pun time rehat. haaa... smp skang ni tak tau la khabar berita dia. tp dgr citer dia dh ada dua anak skang ni.. sbb penah terserempak dengan dia satu hari tu kat soping kompleks kat sini. bwk anak2 dia berjln2. bahagia dh la dgr kisah dia. tak mcm Kota Girl ni. alahai......

Kota Girl tukar skolah ke tg. malim tingkatan 5, tp amik spm kat skolah lama. sejak tu mmg terpisah kejap la dengan kwn2 dn abis spm terus terpisah. sbb tukar skolah? ermm.. kes mak Kota Girl bergaduh dengan ayah Kota Girl masa tu menyebabkan Kota Girl tak boleh nak tumpukan pelajaran. mau tak. mak marah ayah babitkan Kota Girl smp tak bg duit belanja skolah.. hahahaha.. kelakar tak. paling teruk smp duit yuran tuk spm pun mak tak nak bg. salah Kota Girl sbb berhubung dengan ayah jek. adess hai... susah tul. tak pe la.. dlm sethn tu mmg Kota Girl skolah kat kg la kiranya. dok dengan opah n mak sedara pak sedara Kota Girl. diorg ni ok jek. Kota Girl pun ada sepupu yg sebaya kat situ. anak pak itam Kota Girl ni la. yg tak best nya. cousin Kota Girl yang sorg ni mmg tak sebulu dengan Kota Girl. tak tau la apa yg dia jeles dengan Kota Girl. kat skolah pun sker tabur2 citer psl Kota Girl. ishk. tp kalo berdepan tu kami ok jek.. ni kes main tikam belakang la. haaaa.. dia ni pun dh kawin jugak.. cop.. yang ni cousin belah ayah tau. hehehe.. ayah Kota Girl org tg malim. huhu...

skang ni, apa2 pun Kota Girl masih lagi hidup dengan mak. tp tak serumah la. lepas habis spm dulu terus Kota Girl bekerja. dpt jugak sambung belajar. tp mak tak de duit la nak tampung. sedih jek.. tak pe la... smp la satu hari tu dpt la keje dengan goverment ni. alhamdulillah.. smp skang keje kat sini. dh cecah 9thn pun. Kota Girl hidup sendiri kat luar. tak nak hidup sebumbung dengan mak. mungkin dr kecik tak berapa rapat dengan mak. tp tu tak bermakna Kota Girl tak pedulikan mak. rumah dekat jek. so tak de masalah nak jengok dia. huhu.. mak Kota Girl skang tinggal dengan adik Kota Girl yang manja tu. anak mak la kata kan. tak boleh la tak de mak tu kat rumah. ishk.. susah tul. susah kalo Kota Girl nak amik mak tu bawak dok sehari dua kat rumah Kota Girl sibuk jek la telefon mak. jgn kata nak bwk dok rumah Kota Girl, bwk pg berjln kejap pun asyik kol2 jek. sengal tul. mcm la tu mak dia sorang. hahahaah.. tp tak pe la.. yang penting dia sayang mak.

ok kan.. ni kisah Kota Girl sedikit la.. kalo nak tau kisah2 terbaru nnt2 la Kota Girl cerita. paling best pak usu Kota Girl dh berkawin kali kedua lepas berpisah dengan isteri pertama dulu. isteri kedua dia ni sporting. apa2 pun nasihat Kota Girl mesti cari dia. in'allah mesti tenang cara dia bg nasihat. masih ada lagi kisah ayah Kota Girl jugak. bape adik beradik Kota Girl yang sebenar.. hahaha...

adiossssssss.....



Hari ni Kota Girl smp opis awal. mcm biasa la. kalo bwk kete sendiri mesti awal smp. hehe... kadang tu tumpang Satria jek. ermm.. bukan apa.. sbb bulan poser ni kami blk awal singgah pasar ramadhan beli mknn berbuka ngan sahur. so lagi senang satu kete. tp hari ni tak naik dengan Satria sbbb dia ada plan nak berbuka kat luar dengan kwn dia. tak pe la.. sian gak kan. mcm ari selasa ari tu la ada majlis berbuka kat luar. dengar nya dia nak join, disbbkan Kota Girl tumpang dia, tak jd dia pegi. sian lak. rasa bersalah pun ada gak. hehehe..

Z masuk lmbt opis ari ni sbb baby sitter anak dia tu pegi klinik buat cek up lak, pregnant lagi la katakan. so kene la buat buku kata Z. ok la. Kota Girl mmg rasa bosan mgu ni. kenapa tah. mgkn pk kan permohonan Kota Girl tu tak setel2 lagi kot. sepatutnya mgu ni dh boleh dpt dah. tp senyap jek. isnin kat cuti merdeka. so ada 4 hari la kiranya. selasa ada gak diorg kol ke opis untuk kompomesen. heheeh.. tp smlm tak de pun kol Kota Girl. hari ni dh khamis. esok jumaat.. alaaaaaa.. bila nak setel ni. makin runsing laa.. dh la Combi tu (nama tuk kete Kota Girl, hehehe..) dh bermasalah. bunyi sana sini. nak kene serbis tu.. kan dh nak raya ni.. pakai duit banyak tu. lalalala.. duit oooo duit... adesss hai...

Sebut pasal raya, korang mesti cuti lama kan, Kota Girl standard nya cuti smp raya ke3 jek. tp thn ni bleh amik cuti 3 hari tu untuk satu mgu nya cuti. laaaa.. lama tu..mana tah nak pg.. hehehe.. dok kg lama2 bukan boleh Kota Girl ni. panas bontot.. hahaha.. mau tak.. kompom la pemeli tu nak berjln sana sini.. huhu... malas nya nak berjln.. nak2 kalo pg kg belah nenek.. wahahaha.. dr pg smp kul 1 mlm pun dia tak nak blk.. adess hai, penat..huhu...

Mlm tadi dpt la berborak dengan BzWoman kejap kat rumah. sekian lamanya kami tak berborak.. hahaha.. dia bz kat opis, Kota Girl bz kat rumah.. hahahah.. yer la tu kan. ermmm.. smlm ngemas rumah yg dh smgu tak kemas.. lalalalla... basuh baju dua kali basuh. tinggal nak basuh cadar jek.. tu hari ni pulak la.. tak larat nak tgu smp tgh mlm abis basuh baju.. hehehe.. siap masak la smlm tu. tp pg ni tak sahur pun.. lupa lak. walau pun cuti poser, Kota Girl sahur gak tau. kenapa? ishk.. nnt kalo nak start poser dh tak mo plak.. hehehe.. so kene bgn jugak la. kunci jam kul 4 pagi tak tahan tu.. hahahah...

alaaaaaaaaa... bosannnnnn la mgu ni.. cepat la abisss...


Rabu, 2 September 2009

Apa Kes?

Alaaaa....

Semlm Kota Girl dengan cc Kota Girl dok ckp kat telepon sebut2 nama Kota Girl. bila Kota Girl tanya sape kol, cc Kota Girl kata mungkin org ari tu.. hehehe.. Kota Girl paham la kan.. tp diorg tu kol cc Kota Girl jek. tak kol pun Kota Girl lagi. ishk.. bila nak setel permohonan tu ni.. alaaaaaaaaaa... riso dh ni. ishk2...

Ari ni sempat la borak kejap dengan BzWoman. huh, bz sungguh dia.. sian gak la kan.. kebelakangan ni dia mmg bz smp tak dan la nak borak.. kat umah pun dia tak dan nak borak ngan Kota Girl online. mau tak, dh penat keje time bulan poser ni blk2 lepas buka kadang dia tdo awal. kalo tak dia tdo awal, Kota Girl yang tdo awal.. hehehe.. sejak bulan poser ni mmg la masing2 kepenatan. dia penat dengan keje. dh la rehat dia tak de sbb nak kaber blk keje awal tu.. hehehe..

Lain plak dengan BlackBiba. dua ari ni baru la dpt borak dengan dia. mau tak nya.. mgu lepas dia tak de awal. rupanya blk kg awal sbb mak dia sakit. sian.. kelam kabut blk kg katanya.. mak dia dh dimasukkan ke hospital. huhu... kencing manis katanya. susah la tu.. susah nak baik kencing manis tu. kalo tak jaga abis la... ari ni dia borak lebih skit ngan Kota Girl.. hehehe.. lepas tensen kot.. tp mmg biasa pun Kota Girl borak dengan dia skang ni banding dengan BzWoman. hahaha.. nama pun dh BzWoman.. dh tentu la dia bz sgt2.. tak pe la...


Selasa, 1 September 2009

Salam,

Wahhh.. dh bulan baru.. bulan 9 dh.. dh 3 hari Kota Girl tak update blog ni. bukan apa.. tp mcm2 hal yg berlaku.. smp tak dan nak on internet. cuti 3 hari ni Kota Girl blk umah mak. sengal gak la kan cuti tak de buat apa. nak buat apa kalo duit pun ciput jek. kene berjimat cermat la kan...

semlm la baru Kota Girl keluar dengan Satria ptg pg klcc berbuka kat sana. tp sblm tu Kota Girl pg The Mall dulu.. lama jugak tak pg situ.. dulu2 zaman keje dengan KTMB dok kat apartment sebelah tu jek.. hahaha.. mewah la rasanya kejap.. best wooo dok kat situ. so, hari2 la bleh pg The Mall.. mcm2 jualan dh ada kat situ.. tp tak de apa yang berubah..

Dalam byk2 jualan tu, kami tuju kat jualan baju la kan.. Satria nak cari baju raya. wahhahaha... cantik2 la kan... tp harga jgn ckp la... mak bapak nya mahal.. hehehhee... makan ratus weh... adesss hai... kalo Kota Girl la.. bleh dpt berpasang2 baju dengan harga ratus2 tu.. hehehe.. tp harga takat 50 la kan.. ekekeke.. Kota Girl ni kalo pg keje bukan sker sgt melawa.. mau tak... kalo pakai baju hok ropol2 ke byk manik ke.. abis la jahanam.. ehehehe.. ganazzzzzz... kat The Mall tu Kota Girl cuma usha handphone jek la kan.. hehehe.. saja cuci mata.. kat situ pun harga handphone murah2 jugak mcm kat lowyat tu...huhu.. tp cuci mata jek la.. duit tak dak nak beli baru.. pakai jek hok lama ni.. ok gik pe.. hehehe..

lepas pg The Mall kami pg KLCC... haaaaa... buka poser kat sini.. sebut poser ari ni Kota Girl dh start cuti.. abis la perjanjian ngan Doha.. hahaha.. konon nak full poser.. nnt dia bg duit raya katanya... hahaha.. pmpn.. mana boleh nak full poser.. kan.. lain la pregnant..huhu... sambung lik KLCC.. ada masa sejam lebih lagi masa tu nak berbuka poser.. sambil tu kami jln2 dulu la.. pg la tgk ke tempat2 menarik.. apa ek menarik.. apa lagi kalo bukan handbeg.. hehehe.. Kota Girl nak usha2 handbeg yang besar yg boleh masuk kan skali laptop ni.. mau tak.. kalo jenis hok 12 inch tu ok la gak.. ni hok 14 inch.. besar ni.. dh tu berat la plak.. hehehe.. silap2 pilih ada gak la yg tak tahan lama.. tp usha jek dulu.. ada duit baru beli..

Kat setiap tempat yg Satria bwk Kota Girl pg sumer nya harga mkn ratus.. adesssssss hai.. mmg la menarik.. tp takut nya Kota Girl nak beli.. teringin la jugak kan beg ratus2 ni.. kata Satria.. beg tu tahan lama... tak rasa rugi kalo beli.. mmg betul la.. tp dh jenis Kota Girl ni cuma mkn puluh jek.. tak penah gik mkn ratus.. hahahaha... org susah la kata kan.. nak2 kalo ada duit lebih tu bleh gak buat benda lain... huhu... tp tak pe.. tgk la mcm mana nnt.. yang penting beg tu bleh bertahan lama.. jgn harga beratus2 tp sbulan pakai dh koyak.. mau tak.. dh letak laptop lam tu.. hahaha.... beg ribu pun kalo letak barang berat cm laptop ni koyak gak kot.. huhu....

sebut pasal Doha.. smlm sempat la jugak berborak dgn dia kat FB.. huhu... tp bz la pulak mamat tu... mau tak.. bz main poker.. hahaha.. tak pe la.. sker hati dia la kan.. nak tau tak satu perkara.. hihihi.. ari tu Kota Girl msg kat Doha bg peluang meminang Kota Girl ni. tp tak leh lama2.. lam sebulan jek terus kawin.. hahaha... punya la dia terkujat.. ada apa2 ke? adesss..ingat Kota Girl ni ada apa2 ke smp nak cepat kawin.. ekekeke.. tak de la.. cuma Kota Girl dh malas nak bercinta lepas ni.. tunang Kota Girl ek? ermm... entah la.. makin kalut hubungan dengan dia.. biar la Kota Girl tinggalkan dia jek.. itu yg dia nak kot.. nak tinggalkan Kota Girl mungkin tak smp hati... tak pe.. yang penting kene kuat. Kota Girl tak buat lagi Solat Istikharah tu.. adess hai.. tgu masa yang sesuai tp tak buat2 jugak.. mcm mana.. lalallalala.....

BzWoman... kwn Kota Girl sorg ni pelik 3 hari ni Kota Girl senyap jek.. siap msg Kota Girl nape.. ada masalah ke.. mcm tau2 jek.. mmg la naluri dia kuat.. hahaha.. ada la jugak kan.. tp bleh lagi setel kan.. yang pelik nya.. si BlackBiba ni.. dr mgu lepas, ermmm.. hari khamis rasanya..ke rabu.. dia tak online pun.. pelik2.. Kota Girl tau dia nak blk kg jumaat. tp dua hari tu pg mana yerk... smp hari ni.. td nampak jugak dia online sekejap.. pastu ilang dh.. pelik2.. ada masalah apa la si BlackBiba ni.. huhu...

Bonuss.... hahahaha.. syok nya Kota Girl dengar smlm dr Satria.. dia kata ada bonus sblm raya ni.. wahahahha.. syok nya.. ok la tu.. Kota Girl tgh pening gak kalo tak de bonus ni.. tp alhamdulillah lah.. mungkin diorg tak nak kecoh2 kan je.. sbb nnt mesti naik harga barang.. pantang kalo dgr dpt bonus sumer harga brg naik.. mcm ari ni minyak dh naik 20sen.. apa laaaaaa... susah tul nak hidup... asal lebih skit gaji.. mesti la sumer harga naik.. tensen gak tu..