Selasa, 30 Mac 2010

kegusaran

Salam,

5 hari dah berlalu... kenangan manis yg kota girl harapkan dr besday kota girl jadik hampa jek. setiap tahun mcm tu. dah mcm2 usaha kota girl buat agar besday kota girl akan meninggalkan kesan mendalam kat dalam hidup kota girl. tp tidak jugak. harap2 kan dpt dr org tersayang tp org tu jugak la yang menghancurkan hari kota girl.

jumaat 26 mac..

kota girl pg keje mcm biasa jek. tak de yang menarik pun. sbb tensen nya pasal kota girl tak buat keje hari tu.. hahaha.. padan muka.. lgpun kebetulan bos kota girl dua2 coti.. kuikuikui.. mmg syok la kan. acara bebas tuk kami sumer.. ekekke... mcm biasa.. blk keje kota girl buat tak tau jek.. diam.. malas dh la dgn tunang kota girl.

sabtu 27 mac..

menghitung detik2 nak main boling dgn bzwoman. patutnya mmg dh janji berdua jek. tp kebetulan ada gak la tunang kota girl juin sama. mmg ppg2 kota girl dh bgn siap2 nak bgn awal arini.. terasa dah lama plak tak bgn awal time coti2 ni.. hahaha.. so, dah siap basuh combi kota girl gerak nak p tempat main boling.. bzwoman pun dah ada kat sana kan. kami bedal smp 5 frame.. hahaha... baru la puas.. smp sakit2 tgn kota girl ni.. kuikuikui...

ahad 28 mac..

tak de apa sgt kota girl buat. cuma mlm pg kejap rumah cousin ku yg tersayang itu amik adiah.. sian kat dia. plan baik2 nak bergumbira masa besday kota girl tu tp tak jadik. terasa betul bersalah kota girl kat dia. erm... skang ni pun dia dh ada kat ipoh kot. ada keje..

skang ni dah dua hari kota girl mc... hoho... smlm pg bgn jek tdo mmg migrain kota girl tak ilang. migrain ni dr ari khamis tu lagi. kepala makin jadik serabut dgn mcm2 hal. gastrik lagi.. huh.. mmg lengkap la kan. n pg smlm mmg tak boleh ilang. mmg nak mengalir dah air mata kota girl ni.. cewahhhh... hahaha.. sakit woooo.... tangkap urat mata ngan urat gusi tau... alahai.. paksa la tunang kota girl dtg bwk p klinik n terus dpt mc.... sengal2... nak mula blk keje ni mmg tensen plak rasanya. bukan apa.. dah tau dah keje tu menanti dgn mcm2 masalah.. hahaha.. jgn migrain lagi dah la... huhu....


Jumaat, 26 Mac 2010

25 March


Salam,

Sekali Lagi!!! sekali lagi dalam sthn hari ini... 25 Mac... hari yg sungguh bermakna buat kota girl. hari yang dinanti2 kan setiap kali timbul nya tahun baru, berakhirnya bulan februari dan bermulanya bulan mac. hari yg semua org akan pasti meraikan dgn org yg tersayang, atau mungkin kawan2, keluarga atau sape sahaja yg mengingati. bagi kota girl.. ini lah hari yg dinanti2kan untuk kota girl raikan bersama tunang kota girl.

5thn bersama, tp stiap kali timbulnya hari ini detik ini, org yg kota girl harap2kan untuk menggembirakan kota girl, adalah satu2nya org yg membuat kota girl bersedih! menangis! jugak merosakkan hari gembira ni! sakit nya hati tuhan aje yg tau. stiap thn pasti rosak! tp kota girl dh siap2 plan thn ni kota girl akan raikan tanpa tunang kota girl.

24jam awal kota girl dh buat plan dgn cousin kota girl yg satu tu. yg tersayang.... hehe... untung tau tak dpt dia jadik cousin. memahami! setiap kali kota girl perlukan bahu untuk menangis, dia pasti ada! kota girl dh tak pk dah tunang kota girl tahun ni. sbb thn ni dia dah mula dgn kesibukkan yg teramat sgt. yg pasti kota girl mmg tak boleh nak menghalang... biar la dia. hari isnin hari tu kota girl ada jugak tanye. andaikata kota girl cuti pd hari 'ini' apa yg dia boleh buat utk kota girl? jawapan dia 'entah'! sedih hati mmg jgn ckp la. tak pe. kota girl cuba paham dgn kesibukkan dia. walaupun setiap thn dia dpt meraikan dgn kota girl, tp pasti rosak dahulu dibuatnya. hilang mood dh sebagai nya dia buat kat kota girl ni. sejak tu mmg kota girl atur plan dgn cousin kota girl jek.

tiba masa, cuti kota girl mmg dah amik siap2 la kan. hahaha.. smp cc kota girl pun tergelak gak la tgk kota girl. tumpang hepi. nak cuti semata2 hari besday jek.. hahahah.... tp jgn tak tau ek.. mmg setiap tahun pada hari ini 25 mac kota girl pasti akan cuti... apatah lagi kalo jatuh hari gaji.. wakakakka.. mcm thn ni la kan.. bleh dikatakan thn lepas pun jatuh hari gaji gak.. best2... heheh.. kul 7.30 kota girl dah msg kat cousin ku itu. mau tak nya takut gak la dia bz.. almaklum la dia kojer.. hehe.. teman ni cuti. tak sama.. ikut kan smlm tu mmg kata tak bz. kalo ada meeting ke apa ke tetiba pagi ni mana la tau kan. excited ni nak turun p midvely nak jumpa dia. siap ada adiah la katanya kan. tp kota girl bukan sbb adiah tu nk turun jumpa cousin ku ini. saat2 kota girl patut bergembira tp tak de org nak teman, cuma cousin ku ini lah yg mendengar rintihan ati ku ini.. cewahhh.. hamik korang.. berbulu jek baca ayat kota girl ni kan.. hahahhaha... dipendek kan citer tghri baru dpt turun.

sbbnya???? haaaa.. sejak combi kota girl tu dh bergerak, kota girl still gak patah kaki weh.. mau tak nya.. smlm combi tak bergerak arini tunang kota girl plak la yg eksiden. so kete dah masuk bengkel dia pakai la combi kota girl tu. smp la skang ni. so pg ni mmg dia sibuk la nak uruskan hal insuran kete dia tu. mmg bengong org insuran tu. ada ke owner nak kene dtg sign sendiri! budusss tul insuran tu. tah mana2 insuran tah abg tunang kota girl ni amik.. opppss.. kete tunang kota girl tu atas nama abg dia.. adik dia yg pakai. adik dah kwin mak dia bg kat tunang kota girl ni adiah besday. sbb adik tu tak nak pakai dah. mak dia beli kan kete tu kan.. so rugi la kalo jual blk. adik dia tak nak pakai sbb sah2 hubby dia dah ada kete.. wat po byk2 kete kan. tu yg dpt kat tunang kota girl tu. huhu.. so siap semua tu tghri la.. bila smp nak amik kota girl ni bleh plak gaduh dgn kota girl semata2 kota girl jawab 'saja nak borak2' bila dia tanye ada hal apa nak pg kl jumpa cousin kota girl tu.

bukan hape.. korang ni mesti bengang kat kota girl kan? cousin ku mesti baca ni.. ni nak explain kat sini cousin ku.. maaf ku pinta... ahak... beribu2 maaf la ku pinta... huhu... mcm ni... kota girl ni kan mmg dah lama sakit hati ngan tunang kota girl tu.. sbb tu, apa pun urusan yg kota girl nak buat mmg dah tak de nak bincang, nak bgtau atau nak bercerita skali pun kalo dah setel urusan tu atau masalah tu kota girl setelkan. sebab apa????? dulu apa pun kota girl buat mmg kota girl akan bincang dgn dia, bgtau kot2 dia ada pendapat lain. dan yg paling penting tak mau membelakangkan dia. takut kalo apa yg kota girl buat tu nnt tiba2 menjadik kan lagi keruh keadaan tu sah2 kota girl mintak tlg kat dia jgk. so kene la bg tau. tp sejak dia kata tak payah ckp tak payah bgtau seolah2 kota girl ni nak amik perhatian dia, kota girl tekad, sekali pun eksiden masuk spital koma kota girl tak mo sesape pun bgtau kat dia!

so, turun smlm cadangnya lepas lepak2 dgn cousin kota girl tu mmg kota girl nak buat urusan lain, amik borang, oppss.. borang loan.. hahaha.. biasa la kalo nak setel masalah.. harap2 ni la last loan nk dibuat. tu pun kot lepas.. adoi ai.. lepas tu nak pg bank la cadangnya nak byr duit umah duit kete dan apa2 gik la. dah gaji kan. dpt plak tunggakan tu. alahai.. nama jek tunggakan tu byk. tp byr sumer utang abis.. tak merasa dah.. hahahaha.. ada la 50 yo kek tangan ni haaa.. buat belanja mkn kat opis.. huhu.. tp disbb kan tak terus terang sbb sbnr nak turun tu dia jdk marah n rosakkan hari kota girl yg mmg kota girl dah tgu2! bukan apa. kota girl cuma mintak tlg dia anta kat stesen komuter jek! lepas tu tak dulik dah la ngan dia. ke mmg sakit hati plak kota girl nak buat apa2 tanpa dia! selama ni nak sgt kan. tiba masa kota girl nak hdp tanpa dia sakit hati plak? itu jek masalahnya yg jadik gaduh! smp ke ptg! mmg sakit hati kota girl. thn dpn kota girl tak kan berckp seolah2 tak de langsung tarikh 25 Mac dalam kalender thn tu atau tahun2 akan dtg!!!!!!!!! sengal!


Isnin, 15 Mac 2010

Pegawai baru


Pegawai baru..

huh, dpt pegawai baru lagi.. hehe... kali ni yg berpangkat penolong pengarah. kali ni menggantikan si 'giant'.. ekekeke.. padan muka dia. sape ek? ala.. ingat lagi tak kota girl penah citer kota girl pernah bertengkar dgn bos kota girl dulu? huhu.. dia la 'giant' ekeke.. diorg la staff2 kat sini panggil dia gitu.

mgu lepas ari jumaat pg dh dgr ada pegawai baru akan menggantikan dia. padan muka dia. mcm2 kes dia ada kat sini. huh. kes paling best org tak sker dia la kan.. berlagak lagi.. ingat dia pegawai tak boleh nak kene tendang ke? hahhaha.. kene pg ke IT jd penolong pengarah kat sana. ekekeke... ingat dia bagus sgt la.. suka sgt campur hal bukan urusan dia. n suka sgt buat lagak sndiri jek. dh berthn kat sini ingat dia bagus sgt la. hahaha

pg ni ketua kerani kat atas tu bwk turun kenal kan kat kami bos tu. penolong pengarah la. dia tu kontrak jek. muda lak tu. 25thn baru. hohoho.. untung budak2 zaman skang ni. senang jek nk dpt keje gomen. muka dia tu sejibik mcm pegawai kami yg dulu yg tgh bercuti ikut bini dia belajar kat luar negeri tu. huhu... kecik2 gitu la org nya.. cuma beza kulit jek.. dia ni cerah skit. hehehe.. apa pun welcome PP.. jgn jadik mcm si 'giant' tu dah la... hahahha....



Salam,

Dah bape hari tak mengupdate blog ni.. ekeke.. bz skit. untuk pengetahuan korang sumer, combi kota girl dah pun bergerak.. heheh.. syok la kan.. yg buat kota girl sakit hati nya, tunang kota girl la. ada ke dia nak ungkit rugi beli btri baru.. mmg bukan masalah bateri pun. tp tak pe la jugak sbb bateri tu dh 2thn stgh kota girl pakai.. bgus la bateri tu kan.. heheh...

masalah combi tu sebenarnya alarm dia. huhu.. mmg kalo alarm tu tak dipadamkan kete tu tak kan boleh start enjin nya. huhu.. kalo pencuri nak curi payah skit la kalo tak tau kat mana letaknya punat tuk matikan alarm tu.hahaha.. bygkan la kami ni bagai nak rak dok mencari punat tu. kalo kete2 lain punat tu terletak kat bwh stereng atau area2 kat tempat belah driver. tp kenari ni terletak kat sebelah passenger. ape la kan.. hahaha... letih nak mencari.. sengal2.

pg ni tunang kota girl dok msg kat kota girl kata kenari tu dh kehabisan myk itam. dah kering. haaaaaaa... mula la kota girl nak marah. dh ckp dh kene isi myk itam. kene tukar. kene serbis. tak percaya jugak.. dia ni slalu pk kota girl ni bodoh agaknya. tak tau apa2 psl kereta. sakit jek hati.. nasib baik la tak jahanam lagi enjin tu. tu pun mmg tak lama la enjin tu kalo gitu. tak lama lagi tah apa2 plak la yg kene buat. dh bunyi itu ini dah tu.. sakit jek hati. hoho... apa pun lepas ni mmg nak kene bwk ke bengkel n serbis habis2an kereta tu. baik enjin maupun body dia.. siap la....

Khamis, 11 Mac 2010

Combi..



haa... bukan masalah btri. apa la masalah si combi ni. ptg smlm tunang k.g dah beli btri baru. btri sel kering tu.. hohoh.. rm150. mahai gak tau. bila dah siap pasang, masih gik tak leh hidup. apa la masalah combi ni.. k.g dah mula pening dah. sblm tukar bateri baru tu, tunang k.g ada ckp kalo masalah bteri kenapa still ada lampu, radio pun ok, hon pun lagi la ok n alarm tu patutnya tak berbunyi dah.

sengal la kan bila dah tunang k.g kata gitu. dalam hati k.g ni, dah tau bukan masalah btri nape nak jugak ikut kata k.g beli btri baru? atau pun mengia kan ckp k.g masalah btri? huh.. tensen gak dgr. tp k.g diam jek. dah penat2 gitu n dtg jgk setelkan si combi tu ada jugak dia melenting kalo k.g dok berbunyi. paling tak bertengkar lagi. malas la kan. so dah siap tukar btri tu n dia pun try kol kwn dia yg keje kat bengkel kete. hahaha... berbunyi lg dalam hati k.g.. haaa.. ingat kan tak de dah kawan yg keje kat bengkel kete. huhu.. sbb stahu k.g dia mmg byk pun kwn yg bekerja kat bengkel kete mau pun ada bengkel kete sendiri. mau tak hangin k.g gitu? dah sia2 jek la dok beli btri baru. tp diam kan jugak...... biar dia tau bukan salah k.g. tp kalo nak ungkit pasal beli btri.. mmg bersuara gak la kan nnt. hahahah...

hari ni k.g ingat nak soh dia p bwk remote alarm tu ke kdai tgk kan apa masalahnya. sbb kwn dia yg keje kat bengkel kete tu dah kata smlm masalah remote alarm tu. rosak. sengal la. sbb nak siap kan cepat combi tu, dia nak pakai untuk hantar kete dia yg eksiden tu ke bengkel untuk di ketuk. nak kene claim insuran gak tu. mau makan masa 2 3 mgu gak. sengal la gitu kan. tak de pilihan k.g. terpaksa la tumpang dgn satria. tp bg la duit minyak kat dia lps ni lebih skit. tuk smgu. skali bg jek la nnt. huhu... pening gak la pk2 blk.. sengal2.. harap2 lepas ni tak de lg la masalah ngan combi ni. n gaji ni nak kene bwk dia pg serbis... combi.. combi..


nikmat...


Salam,

haha.... tgk tajuk semua nak tau apa yg nikmat ek? hehehe... nikmat tu K.G nak kata kan nikmat bekerja. huhuhu.... selepas berthn2 bekerja, skang ni la baru K.G rasa nikmat bekerja. ekekkee.. kalo org lain tu dah naik jemu nak bekerja, tp K.G bleh dikatakan baru nak merasa nikmat bekerja. boleh tak? wakakkka

smlm satu hari suntuk la K.G dok buat keje. ekekeke... kalo dulu dtg jek opis kene pk, pg ni nak buat apa kalo keje2 dah disiapkan hari sebelumnya. ekekke.. tp skang dtg jek keje tak pyah nk pk sbb mmg berlambak2 dah keje K.G skang ni. dtg jek meja dh tak tersusun mcm dulu. blk tu pun mmg tak leh nak kemas meja dah la kan.. huhu.. sronok la kiranya walaupun otak serabut. smp skang ni blk rumah tu pun mmg dh tentu letih, tp letih sbb otak tu berpk kat opis.. hahahha.. bukan lagi sbb badan yg letih menahan kesejukan dok jek kat opis.. ekekke..

dah hampir sbln kan si blackbiba menghilang. huhu.. dia menghilang sbb pindah opis. tak siap setting tenet tu lagi. so skang ni bila dh siap setting muncul la dia blk. pun gitu dia kata dh mmg bz jugak kat opis skang ni. berlainan plak ngan bzwoman. dio tu mmg la bz.. tp nampak mcm tak sebz dulu gik.. heheh. ym dia pun tak de gik tanda bz... kuikuikui.. apa pun mmg K.G nak kata nikmat tu dah mula terasa skang. tukar tempat keje? tu tetap nak dibuat.. haahhaha..


Selasa, 9 Mac 2010

takziah....


Salam,

in'lillah.... takziah buat kwn kota girl yang sorg ni. telah kehilangan ibu mlm td pukul 10 malam disbbkan sakit jantung. al-fatihah...........

sian gak kota girl kt kwn kota girl ni. walaupun byk masalah yg tak puas hati kat dia dgn sikap 'moody' dia tu kan... tp kalo bab gini mmg kesian la... bayang kan kehilangan ibu! walaupun ibu dia ni adalah ibu tiri, namun ibu ini la yang membesarkan dia dr dua tapak jari. arwah ayah dia ni erm... nama R la kota girl bg ek.. arwah ayah si R ni berpisah jek dgn mak kandung R terus di bwk nya skali si R ni yg masih kecik. kwin dgn arwah mak tiri si R ni.. mmg arwah mak dia ni la yg bertindak mcm ibu kandung.

arwah mak si R ni mmg dah sakit tenat masa hari sabtu lagi. masa tu kota girl n kwn2 lain mmg ada lawan boling kat utk opis kami. alahai.. yg lawan satu opis tp antara bahagian tu jek.. kul 4 masa tu si R ni bg msg kat kota girl kata tak dpt nak juin sbb mak dia dh tenat. masa tu kota girl rasa si R ni cm ngelak jek kan.. hahahhahah.. maklum la dh ptg tu ramai yg malas nak main ptg kan.. patutnya program tu pg. tp sbb lane tu penuh terpaksa la dibuat sebelah ptg. kuikuikui.... smlm plak R cuti sbb still lagi sakit arwah mak dia ni. n mlm td dia msg pada kami2 ni mengatakan mak dia dah meninggal jam 10 mlm... kota girl yg masa tu masih tak tdo pun terkejut gak la.. huhu.. lewat lak tdo mlm td.

sejak dua menjak ni mmg kota girl tdo lambat. tak tau sbb apa. mgkn sbb kepenatan otak kat opis.. ekekek... atau pun sbb panas skang ni.. alahai.. sengal tul. kul 1 lebih baru leh tdo. pg dah sengal nak bgn.. tp pg tadi ok gak la bgn.. kuikuikui... so, td kami pg la kerumah si R nak tgk arwah ni kan. sebagai wakil n kami ni mmg satu unit pun.. dah la jauh.. nak cari rumah pun susah. last2 smp kt kul 11 jgk. n kami tak sempat dah nak tgk. smp2 tu tgk dah nak usung jenazah dalam van tuk bwk ke kubur... tak pe la.. asalkn kami sempat jumpa dgn si R... huhu... skali lagi takziah buat si R dari kota girl.... amin......


Isnin, 8 Mac 2010

tak leh start lagi


salam,

alahai.. sian kat combi. still lagi tak boleh start. mcm mana ni??? ari ni kota girl pg keje terpaksa la tumpang si satria. sib baik bg.. hahaha... tp biasa la.. bg dia duit minyak. dia pun sakit tu.. maklumla gaji lmbt lagi.. hohoho... sengal..

blk keje, kota girl dh mintak tunang kota girl tu dtg tuk tgk kan jugak kete tu. sian gak kat dia. mau tak nya.. dah la penat2.. dtg2, kene tolak plak si combi tu kuar dari parking dia kan. sengal. berat jugak combi ni.. hahaha.. sbb kota girl pun tolong tolak jugak.. kuikuikui.. abis zat2 kota girl mkn ari ni kuar blk jadik peluh.. hahaha.. org lain dok susah2 nak turun kan berat badan, kota girl ni kira membazir tau buat gitu.. huhu.. mana tak nya, kene naik kain berat badan.. hahah..kurus sgt..huhu.. tak pe.. yang penting tunang kota girl punya selesa mmg kurus.. hehe.. berbaloi la tu.. hahaha.. larikk tajuk..

dah smp jek tunang kota girl, n tolak kete tu kuar dr parking.. mula la nak menjumping kete tu. oppss.. lupa plak nak ckp mintak tolong dgn satria gak guna kete dia nak mengecas btri combi tu. tak bleh jugak start. maknanya mmg bateri tu dah kong abis. alahai sengal, sengal. bila pk2 blk mau tak sengal n kong abis. dah dua thn btri tu kat kota girl. tu blom kira lagi sblm tu bape lama dah kan. huh. dalam gawat2 gini mcm mana agaknya nak buat? dah la kat opis td dalam sibuk2 tu sempat gak dok usha2 sape2 yg ada jumper wire tu.. ekeke.. last2 beli jugak sbb tak de org yg ada. lalalala.. tak pe la. bleh simpan tuk kegunaan akan dtg kan.

abis macam mana skang? ermm.. jawabnya kene tunggu jugak la gaji.. alahai.. wahai kwn2 ku.. skang ni baru jek 8hb. n ada lagi hampir 2 minggu baru dpt gaji. tak kan 2 mgu combi tu tersadai jek gitu.. arrrghhhh.. tidak... ooo.. tunang ek? hahahaha.. sebut psl dia boleh tolong ke tidak kan? ni nak citer gak. smlm kete kota girl tak leh start. pagi2 td plak dia msg kota girl kata eksiden langgar kete org. huh! mau tak giler kejap. dah la tak de duit ni. tambah2 plak dgn dia yg p terlanggar bontot kete org! vios tu..... td kota girl sempat gak la tgk kete dia n tanye bape dia kene byr kan kat org tu. 1k?!! huh.. mahal! bebel jap la kota girl kat dia. hehe.. tp mmg dia kata berbaloi la dgn kete dia yg vios tu. kalo wira pun mau 4 5 rat jugak harga bumper. ni kan plak vios. kedalam jugak bumper org tu katanya. nak2 dia p anta kat toyota nya bengkel gak. bukan bengkel2 cikai2 ni. apa gik.. hamikkk la kan dpt reger gitu.. sengal ko... huhu... si minah ni pun satu. dah tauu jem p main brek2 tak tentu psl tu napo. kan dh terlanggar. dah gitu pun nak kata apa. walaupun dia sengal.. tetap jugak la tunang kota girl ni yg salah. sbb kalo undang2 pun mmg salah org langgar bakang ni. huh.. tensen2...

dah tu skang ni kene la tumpang si satria. entah sampai bila kota girl pun tak tau. kalo combi kota girl tu rm30 dah cukup tuk isi minyak nak pakai smgu p keje. p blk la kan. tp jgn rayau2 la.. ni kete dia satria.. kurang2 mau 50 gak tu.. tp kota girl bg dah la skit td kan tuk isi minyak. cm mana dia nak tambah tak tau la kota girl dah. nak isi lebih2 kota girl sendiri pun sakit gak.. ekekkee.. layannnnnnnzzz yang pasti bleh smp opis p keje.. ekekekke

Ahad, 7 Mac 2010

oh combi ku!

wahhhhhhhh.. sedih jek. ptg ni combi kota girl tak leh start. sengal la.. tak tau la apa masalahnya kan. mula2 tu kota girl ni nak kuar la. smp jek kat kete mcm biasa. tekan la alarm combi tu. tp tak leh bukak lak.. pening dah ni nape tak leh. last2 dgn sengalnya kota girl bukak jek combi tu cara manual. apa lagikkk.. dia jerit ler.. adoi hai. pening paler kota girl. tak tau nak buat apa. so cari jugak la suis tuk matikan alarm tu. tp tak de. cm ne?

dah senyap jerit lagi si combi ni. last2 kota girl kol si satria. dia tak de plak. kat kl. tanye gak kat dia. idea yg sama dia soh cari suis kat tepi2 stereng tu. mmg tak de. sengal tul. so cm ne nak pg keje sok ni? dah tu tunang kota girl kata mgkn sbb bateri kete tu. kota girl pun sblm tu siap kol gak kawan kota girl yg sorg ni haa.. dia pun kata bateri kete gak. sbb dia rasa bateri tu tak berganti gik dr mula2 kota girl amik kete tu. alahai combi2...

bila pk2 balik mmg ada warning bgtau ada pblm kat kete tu. tp kota girl ni ingat la kan sbb minyak itam. maklumla dah lama tak bersebis combi tu.. kegawatan punya pasal. kota girl ni kan dah siap pujuk dah combi ni supaya dia dpt bertahan smp gaji ni. alahai.. sian jek kat dia. rupanya mmg tak leh tahan dah. tp mmg berthn la kan combi ni. dh dua thn kota girl pakai dia tak de pun dia wat hal. cuma tyr jek la ari tu smp 4 bijik skali pecah. dah tu beli baru dua bijik seken dua bijik pun pecah gak. kali ni beli gik yg depan tu 2 bijik sbb dua bijik tu jek tak tahan pun sebijik plak pecah. sian nya la hai si combi ni.. tak de dia kota girl susah tau. mana nak pg keje, dah la dok kat tempat jin bertendang ni. susah nak dpt teksi. nak blk kg gik.. hohoho... sengal kejap.. sakit jiwa pun boleh ni...

skang ni ngah pk cm ne esok. dh msg dah kat satria nak tumpang. tp tak de jwpan pun. erm.. kene cuti la alamatnya ni. tp mcm boleh setel combi ni. nak kuar mcm mana kota girl ni dr sini. alahai... harap kat tunang jek la esok ni..


Jumaat, 5 Mac 2010

'Panazzzzzzzzzzz'


Salam,

Eeiiiiii.. geram tul la.. sengal ke hape diorg ni? ingat bleh sker2 ke nak tpu kota girl.. hangin tul.. haaaa.. amik ko.. bg salam tp terus marah2.. hahaha.. bukan apa.. hari ni hari jumaat, xtvt baru kat bahagian kota girl ni setiap pg jumaat, akan ada bacaan Yaasin kat sini selama 15minit. bukan lama pun kan... ok la tu.. bagus tul bos baru kota girl ni.. alhamdulillah.. mana2 setan2 yang ada dlm hati tu bleh la p jauh2 skit.. hohoho.... kota girl tak juin baca pun mgkn disbbkan peod tu la yang membuat kan setan tu tak leh p jauh.. hahaha... tu yg jd 'panas' jek ni.. hohoho...

so, ada la bunyi pon n kota girl la yang kene angkat kan.. yer la dh diorg semua tgh baca yaasin.. kota girl yg dok tepi ni la kene angkat sbb tak leh juin pun ngan diorg tu. ada ke sorg ni kata dari 'state' la.. tu tuk singkatan bg kami yg kat hq ni la.. 'state' batu pahat. konon nak beli stiker kenderaan. tp mcm2 lak permintaan. bila kota girl mintak kol blk sbb tgh baca yaasin dia tak mo. nak jugak berckp kan. eeiii.. tak reti bahasa ke? mmg tak de adat tul. bukan lama pun nak tgu abis baca yaasin tu. tp kota girl layan lagi la. dah tu dia ckp soh tolong bg kat org yg nak dtg amik tu kat luar opis ni kat tepi blok kira kat jln tu la. konon atas alasan tak de parking. mmg pun kat sini susah nak parking. tp disbbkan ada rasa syak wasangka kat situ kota girl soh jek la org yg nak amik tu masuk ke sini. sah2 kami ni pun ada keje nak buat. ingat sker2 hati jek ke nak bg arahan kat kami yg bukan urusan rasmi tu. amboi!

dah abis jek bacaan yaasin tu, kota girl pun soh la bdk yg jaga stiker tu bg kat mamat yg nak amik tu kat luar. tau apa kota girl dpt tau? rupa2nya org tu bukan org state.. dan ramai plak staff kat sini kene tipu dgn dia. kejap kata org sini kejap kata org itu... eeeiiii..... pantang kota girl tul org nak menipu ni! mmg sakit hati la. dah menggelegak dah hati ni kan. tak sangka2 plak dia kol blk n bdk jaga stiker ni yg angkat. haaaaaaaaaa... apa gik.. dah start membebel la kota girl kan kat sebelah tu.. tak dok diam dah.. hahahhaha.. geram tul.. kebetulan plak dia nak ckp ngan kota girl.. hahahaha.. nasib ko mmg la tak baik... apa gik.. kene sembur la ngan kota girl. kota girl ckp mcm ni dia pusing mcm tu.. ckp mcm tu dia pusing mcm ni.. walhal dah ckp kat budak jaga stiker ni lain dah td... last2 bila mintak nama2 org yg nak stiker tu terus kata nak kol bos kota girl. hingat kota girl takut... pg la kol bapak bos pun kota girl tak takut.. hahahha.. kol PM pun kota girl berani pe.. sah2 tu stiker personal.. bengong... ampeh tul org ni.. kwn kota girl kata dia ni lelaki.. tapi suara sejibik pmpn... tah la.. yg sorg ni kata dia tu pondan.. eeeeeeiiiiiiii.. hangin tul la... berani nak menipu kota girl ni.. salah org la... kan.. dah kebetulan time peod plak.. hamikkkk ko.. hahahhahha.... kan dah kene.. tak pasal2 jek..


Khamis, 4 Mac 2010

Parking


Yuhuuu...

Parking... alahai.. skang ni kan mmg kota girl kene kuar awal2 pagi. lebih awal kot dr biasa. ke sama jek mcm dulu. entah.. hehe... sebut pasal parking ni. bukan la parking kat umah kota girl tu. kat umah tu nya parking mmg dah tak boleh nak buat apa dah la. sah2 sebijik rumah hanya satu lot parking saja disediakan. kalo nak parking lebih tu kene sewa la kat management atau pun park jek kat luar kawasan. hehe..

ni pasal parking kat opis kota girl. mmg dah terkenal dgn tak cukup parking dikalangan kakitangan apatah lagi la org luar nak dtg ke kompleks ni. sian la kat org luar kan.. dtg sini nak buat urusan.. tau2 tak de parking. dah tu plak bila park jek kete kat tepi2 jalan, tak pasal2 kene saman plak. mcm mana tu? hohoho.. mcm si bzwoman, dulu penah dtg ke kompleks kota girl ni atas urusan kerja. smp2 dah tak de parking. kalut gak la minah tu nak parking mana. hehe.. sian.. tak dpt nak tolong la weh. dh mcm ni la masalah parking kat sini.

start 1 mac 2010, parking kat dalam basement bwh ni tak boleh lagi kami2 yang berpangkat rendah ni masuk. ada akal ke gitu. semua untuk bos2 besar jek. ramai sgt ke bos2 dalam satu bangunan tu nak dibandingkan dengan staff2 berpangkat rendah ni? katakan la satu bahagian tu ada 3 4 org bos, tp staff dia ada bape ramai plak? dah tu semua staff2 tu tak kira laki pmpn semua nya nak bwk kete satu sorg ke opis ni. hahaha.. walaupun yang dok kat dalam kwsan sini. yang dok luar dr kawasan sini tu tak pe la kan. cm mana? huhu.. hari pertama tu kan teruk jgak la.. kota girl bukan apa.. malas nak parking kat belakang bangunan ni sbb nnt ptg tu kalo blk mesti lalu dpn bangunan ni. tu jek dah amik masa 10 15 minit. jem la tu mana yang nak amik org gik. alahai.. sengal2. tak boleh ka diorg bg parking bwh ni utk staff yang dok luar dr kwsn ni? huhu.. tolong la...


Rabu, 3 Mac 2010

kebosanan

bosan nya la kat umah ni. hari2 mmg blk keje jek dok umah. sok pg p keje blk. cm tu la xtvt kota girl. korang cm ne? nak kata jenis katak bawah tempurung tak jugak kota girl ni. tp mmg. kalo dah smp umah mmg malas nak kuar blk. kalo rajin nak kuar pun nak pg mana? bukan ramai kwn2 yang boleh nak lepak2. harapkan bzwoman? hahahahha.. mcm kota girl gak dia tu. blk umah kompom malas nak kuar blk. kalo nak ajak dia kuar, kene bgtau awal2 kat dia.. haha... blackbiba plak sibuk ngan bf dia. n skang ni rasanya diorg tu sibuk tgh siap2kan barang2 nak kwin bulan 6 ni. jadik tah agaknya kenduri tu. tp ritu blackbiba ada bgtau dia dah cari pun baju nak sanding nnt. hohoho.. cepat..... kuikuikui.. ku doakan kau bahagia... hingga ke anak cucu n akhir hayat korg suami isteri nnt. lalalallala

sabtu ni ada lwn boling. huhu.. lwn antara bahagian jek kat opis tu. smlm cousin kota girl tu ada kol ajak juin team netball puteri umno sabtu ni. ada lwn katanya. mmg tak dapek la nak nolong eeaa.. hehehe.. bukan tak mo. tp ptg tu kan boling. so nnt terkejar2 plak. bukan dekat. netball tu lwn kat dataran merdeka nun. boling plak kat putrajaya ni. hohoho.. sengal2 gitu. netball tu pun liga plak.. hohoho kompom sangkut nnt. tak boleh.... so td diorg ajak gak la training boling tu. ikut kan ptg td. tp ramai yang tak de so besok diorg tunda. tak dapat gak la nak juin.. dalam gawat2 ni bleh gik ek diorg training. hehehe.. gawat tu jd sbb gaji 8hb feb-25hb mac nnt.. hahaha.. gawat tu weh. kota girl ni bukan dah kering.. dah siap kontang gik.. wassssssssspada.. hahahahha.. sker hati korang la nk ckp apa kan. yang pasti tak nyusah kan kota girl kalo betul la tak dak duit nnt sblm gaji 25hb mac ni nnt. ekeekkekke...

so, skang ni dok jek la kat umah kan. bab keje kat opis mmg padat skang. penat tu. smp sakit2 tengkuk kota girl ni haaa.. adoi ai.. si bzwoman kata tu la tanda stress n dia dh biasa.. skang kota girl plak la rasakan. td sibuk jgk la kota girl dok usha2 kat kwn kota girl. rasa2 mcm nak tukar tempat keje plak.. hahahah.. terkujat sumer ek. huhu.. 10thn weh thn ni kota girl kat tempat ni. ikut kan tu dah bleh tukar tempat keje dah. satu tempat jek mcm mana nak berkembang kan. hohoo.. pengalaman pun kat situ jek. kalo tukar tempat keje tu ada gak la pengalaman baru. mcm bzwoman tu haaa.. 5thn jek pastu cari keje baru. pengalaman baru suasana kat tempat keje pun baru. kwn apatah lagi baru.. nak2 plak mamat2 yg hensem2 skit kan. kot hensem2 la.. hahahha.... sowi...... tp betul.. ada gak yang hensem bzwoman kata kat tempat dia. hahaha... kalo kota girl tukar tempat keje pun gitu la gamaknya.. silap2hb tinggal la tunang kota girl ni nnt.. ekekke....

dok kat umah ni apa jek yg boleh kota girl buat? basuh baju, sapu smph, gosok tudung. tgk tb, lipat baju.. hehehe.. busan2... ni nak kene cari xtvt baru ni. rasa2nya la.. bulan 4 nnt mmg nak buat satu xtvt. apa dia ek? memboling la... hahahha.. wehhhh.. bzwoman.. agak2 nak tak men boling mlm2.. hari biasa la.. tp tak la hari2.. hari2 kang pengsan plak kan.. ekekke.. mau patah tgn.. huhu.... ok takkkkk? ekekekek.... haaa... kang jwb... ekekeke... apa pun mmg kene dok jek la kat umah buat masa skang ni. layanzzzzzzz...


Zaman skolah


Salam,

kisah silam? sebut pasal kisah silam ni siapa yang tak de kan kisah silam? mcm kota girl ni kisah silam tak la menarik sgt. mcm org lain jugak kot. zaman kanak2 tak seindah mana. kalo dah dibesarkan dgn nenek dan datuk jek kan. mak plak sibuk dgn kerja mencari rezeki nak membesarkan anak2. pun mcm tu kota girl tak rasa kekurangan pun dengan adanya kasih sayang arwah atuk yang memang memahami dan sayang sgt kat kota girl. hehehe.. dikira cucu kesygn la kan.

hal skolah? semua nya arwah atuk yang amik tahu. tak kisah la dr segi apa pun. mak kota girl mmg susah nak jumpa dia tu. pg dia p keje kota girl tak bgn gik. blk plak kota girl dh tdo. tp kalo betul perlu sgt2 jumpa mak mmg kota girl terpaksa tgu dia blk la.. hohoho... biasa nya hal tu kalo melibatkan duit. hehehe.. nak beli itu ini.. maksud kota girl tu buku la. kalo bab duit belanja mmg mak dh tinggal kan siap2 sblm p keje.

kat skolah mmg kota girl tak menyerlah langsung. skolah rendah la. mmg budak skolah rendah. ada rupa pun tak secantik mana n masih berhingus kata org tu. huhu.. kota girl mmg tak pandai sgt nak berkwn mcm kwn2 lain tu. diorg tu semua aktif. seingat kota girl zaman skolah rendah la kot paling tak best. dari darjah 1 smp la darjah 5. darjah 6 la baru terasa seronok skit. nak pg skolah masa tu mmg liat skit. tak de perkara yang menarik kat kota girl langsung kalo kat skolah tu. darjah 1 kat kg. mana taknya. ayah kota girl amik kota girl kat skolah tadika tanpa pengetahuan mak kota girl. huhu.. kira mcm culik gak la tu. jenuh mak kota girl mencari masa tu. siap report polis bagai. tp lepas sehari ayah kota girl bgtau jugak kat mak kota girl. untuk pengetahuan korang, mak ayah kota girl dah berpisah sejak umur kota girl 3thn lagi. huhu.

lepas sthn mak kota girl amik blk kota girl n terus sambung skolah kat bandar baru bangi. huhu.. masa tu mmg arwah atuk dah beli rumah lepas dia pencen. so mmg dah kira bermaustatin kat bandar baru bangi yang masa tu baru nak membangun. kilang pun masa tu bleh dikira dgn jari. skang ni sape yang tak tau bandar baru bangi? sejak ada nya putrajaya kat sebelah bandar baru bangi tu skang ni dah menjadi tempat tumpuan semua org dr luar. harga rumah pun dah melambung2 skang. hehehe.. kaya jap la org kalo dok kat bandar baru bangi tu. kos hidup pun bukan main tinggi lagi skang kat situ. kota girl sendiri dah rasa mcm org asing jek kalo pg ke sana. huhu.. sambung blk.. kota girl bersekolah smp la darjah 4. darjah 5 sambung blk dok ngan ayah. tp sthn jek n patah blk dok ngan mak kota girl. hahaha.. berpindah randah kan. org berpindah randah biasanya sbb ayah diorg tu tukar2 kerja. ni kota girl lain plak citer nya. hoho...

naik skolah menengah la baru terasa apa tu zaman skolah. dr tingkatan1 hingga lah separuh tingkatan 5 kat skolah menengah bandar baru bangi.. wakakakak.. kalo la ada bekas2 skolah men. bdr baru bangi tu baca blog kota girl ni kompom bleh kenai kot sapenya blog ni.. hehhe.. tapi kalo tak kenai. abaikan. hohhoohoho.. tak la menarik di tingkatan 1. tp tu la titik permulaan kota girl kenal apa itu erti berkwn. kebetulan pulak cousin kota girl pun bersekolah di kajang masa tu. cop.. masa skolah rendah dia skolah kat kg. skolah men baru dok ngan mak ayah dia kat kajang. apa sbb tak ingat plak kota girl. skolah men. ni la bleh dikatakan best skit. berlumba2 dgn kwn2 nak belajar. mmg ada geng la. seronok. masuk form 2 kota girl ditukar kan ke sebelah pg. kebetulan cuma 3 kelas form 2 tu saja yg terpilih ke sebelah pg. bukan sbb bagus atau apa. entah la. mgkn kot. tp yang pasti.... sebelah petang tu dah penuh..... so terpaksa la kami 3buah kelas ni di alih ke sebelah pg. haaaaaaaaaaaaaa... masa ni mmg lagi best. mau tak kalo dah masa ni la ada nya senior2 yg hensem2, yang cun2, yang cute, yang comey2.... hahaha.. bab kakak angkat ngan abg angkat tu jgn ckp la. glamer la kejap kota girl kan. nak2 plak berkwn dgn kwn yang mmg glemer....hohoh.... dan waktu ni la kota girl mula bercinta. hahahahha... awai ek bercinta. org soh belajar, dah gatai nak cintan cintun plak.. hoho...

ni la cinta pertama kota girl. insan ni la yang mengajar kota girl erti setia dalam bercinta. mula2 tu mmg main2 jugak la. tp bila dah 'diajar' oleh dia ni... terus kota girl insap.. hahaha.. terus jd setia... hehe.. tp nak buat mcm mana.. jodoh tak de.. bercinta lama.. ada la jugak hampir 6thn kami berkwn. tentangan hebat dr family dia. alasan nya cuma kota girl ni org negeri sembilan. nenek dia melaka n tak suka dgn kota girl. takut cucu dia kwin ngan kota girl kalo jodoh tak panjang sehelai sepinggang la kuar umah nnt. hohoho.. mana ada..... tu mmg la adat n9 tp ikut suku la kan. n family kota girl ni tak la mcm tu. rasa2nya perkara mcm tu kalo berlaku pun mgkn sbb semua harta dlm rmhtangga tu si isteri yg n9 ni tadi kot beli semua. si lelaki satu apa pun tak kuar kan duit kan. sah2 la kuar sehelai sepinggang. hahaha.. apa pun korang refer la pada yang pakar bab adat istiadat n9 ni. kota girl ni pun tak amik pusing pun bab adat2 tu.. hohoho.. malessssssssssss... leceh.. n tak diamalkan pun skang ni dah oleh family kota girl. belah mak ngah jek la kot sbb dia kwin ngan org n9.. yg lain tak de amik pusing pun.. ekekeke..

tu la kan zaman skolah kota girl. nape ek? tetiba jek kota girl citer hal zaman skolah ni. bukan apa. tingat la kan. dah tu td kebetulan la dok baca blog cousin kota girl. bagus la. mcm2 dia posting kat blog dia. pic2 anak2 dia n hubby dia. bila agaknya kota girl nak dpt gtu? huhu... kalo la boleh undur masa.. mmg zaman skolah la yang kota girl pilih. dulu pernah gak pg ke skolah men. tu blk. jauh betul perubahan nya skang ni. rindu plak. ada gak la kadang2 tu ternampak n berselisih cikgu2 skolah men kat pasar mlm kat bandar baru bangi tu, tak berani nak tegur pun. hehehe.. riso kene tanye skang ni hidup kota girl mcm mana.. hahaha.. kalo jd org yg betul2 hebat bleh la kot dok citer kat cikgu2 kan.. hehehe.. adiossssssssssss...




Selasa, 2 Mac 2010

Tugas baru1


Penat nya...... Sejak bulan lepas kota girl dah pun mula buat tugas baru... mmg memenatkan tp memuaskan hati kota girl..maklumlah selama bertahun ni kerja kota girl kejap ada kejap tak de. perkara tu terjadi kalo kerani buat sendiri kerja tu. hehehe...

sejak blk dr kursus ni.. bertambah semangat lagi kota girl dengan tugas kota girl tu. yang pasti kota girl ikut prosedur tugas yang sepatutnya. hoho.. paling best.. selama bertahun ada sorg tu buat kerja orang lain yang kononnya kerja dia dah pun terbatas nak buat kerja org tu dah.. hehe.. kota girl bukan dengki dgn dia. tp sakit hati apa yang dia lakukan tu cuba menutup periuk nasi kami kerani2 ni. alahai... kalo buat kerja tu dgn ikhlas tak pe gak, dan perlu la beragak2 nak buat kerja kerani tu.. ni tak smp kerani tu tak de kerja.. n dia plak bebel kononnya dia la yang penat buat kerja yang bukan kerja dia. walhal tak de sape pun yang suruh dia buat kerja tu.

sejak bos kota girl yang cuma sempat 3bulan jek kat unit kota girl tu ada.. mmg byk perubahan yang berlaku. kerja2 dia tu plak disambung oleh bos baru yang menggantikan bos sblm ni tu. psstt.. bos ni pun mintak tukar kuar plak dah.. hehehe.. kes sama ngan bos sblm ni, family semua nya kat melaka.. ekekke.. nak wat cam ne.. layanzz... yang penting usaha murni diorg ni akan diteruskan oleh pengganti yang baru nnt... kalo tak, teraniaya lagi la kami ni.. sian kat kami.

apa pun tugas yang sedang kota girl lakukan sekarang ni mmg memuaskan hati. dari pagi kota dok kat meja buat itu ini smp la tak sedar waktu berlalu.. tau-tau jek dah tghri.. tau-tau lagi dah petang.. pastu blk laaaaaaa... hahhahaha... mmg seronok... ekekeke.... apa pun kota girl enjoy........


Kekeringan


2 Mac... kekeringan atau kekontangan.. hehe.. bleh ka guna ayat tu? bukan air.. tp duit.. haha.. mau tak nya.. lambat lagi nak gaji... 25hb... alahai... kali ni kekeringan terlalu lama sbb nya bukan sbb kota girl ni tak reti nak berjimat... tp sbb gaji bulan Februari lepas terlalu awal... 8hb.. disebabkan tahun baru cina...

sian kan... huhu... nak buat mcm mana... kalo air tu bercatu kata org... tp ni plak nak mkn mewah2 la kot kene bercatu. apa yang tak perlu dibeli tu jgn la beli.. ekekeke... tp kota girl dpt tau cousin kota girl tu bleh plan nak p bercuti tu.. hahaha... sempat gik dalam bulan kekontangan ni.. ekekke.. tak pe la.. yang penting dia hepi... nak bwk anak2 berjalan. lama dah dia plan katanya nak p bercuti... mungkin ini la masanya lepas kumpul duit.. yang penting hepi.... lalalallala...

kota girl? gini gak la.. mmg la kekeringan skit. tp masih bleh bertahan gik rasanya.. cuma terbatas la kan... harap2 gaji bulan ni tak de la masalah nnt... ekekekk... mau tak.. dgr2 citer bulan ni masuk la tunggakkan gaji kota girl selama 9bulan tu.. hohoho.. eh, jap2.. tunggakkan kenaikan gaji jek... lalalalla... mewah skit n sekejap jek... bleh la kot nak setel mana2 yang patut kan... api air pun nak kene setel gak ni...hohoho..


Isnin, 1 Mac 2010

Mac 2010


Salam,

Pejam celik skang ni dah pun bulan 3.. sekejap jek kan.. mcm2 skang ni yg berlaku. kalo thn 2004 tu dah start tsunami berlarutan smp la skang ni.. ishk.. naik risau plak.. dah ada petanda nak kiamat la tu kan... seram plak bila kota girl pk kan.. huhu....

Plan kota girl dr awal thn tu mmg tak ada dah la kan... malas dh nak plan2... plan2 pun bukan menjadi.. satu pun tak jd mcm thn lepas. so apa nak jd skang ni kota girl lalu jek kan la.... kalo boleh setel, setel kan.. kalo tak tu berdoa jek la tak berpanjangan masalah tu.. heheh.. blackbiba dh nak kawin bulan 6 ni.. in'allah kota girl jugak.. huhu.. bzwoman jek la entah mcm mana.. bila tanye kt dia, 'cam ne nak kwin calon pun tak dak'.. huhu... harap2 ada la lelaki yg berjaya bukak pintu hati dia.. hehehe.. thn ni cecah 30 dah weh... hahaha.. jgn lama2.. ekekek...

sejak pindah opis blackbiba mmg menyepi jek... mgkn tgh setting opis tu lagi... ermm... hari2 gak la kota girl bukak skype.. tp dia tak dak pun.. bzwoman pun kata lama gak tak nampak dia on9.. mgkn betul la kata bzwoman opis dia tak abis setting gik.. rasa rindu plak nak tau perkembangan blackbiba.. maklum la dh nak kwin kan.. huhu.. dulu ada blog tp dia dah delete plak... ermm... kalo tak tu bleh gak tau perkembangan dia kat blog tu..

bulan ni bulan penetuan nak setel segala masalah yg ada.. kota girl harap2 mmg setel la bulan ni.. dh bermula april tak de lagi masalah2 yg memening kan kepala kota girl.. in'allah.....