Rabu, 3 Mac 2010

Zaman skolah


Salam,

kisah silam? sebut pasal kisah silam ni siapa yang tak de kan kisah silam? mcm kota girl ni kisah silam tak la menarik sgt. mcm org lain jugak kot. zaman kanak2 tak seindah mana. kalo dah dibesarkan dgn nenek dan datuk jek kan. mak plak sibuk dgn kerja mencari rezeki nak membesarkan anak2. pun mcm tu kota girl tak rasa kekurangan pun dengan adanya kasih sayang arwah atuk yang memang memahami dan sayang sgt kat kota girl. hehehe.. dikira cucu kesygn la kan.

hal skolah? semua nya arwah atuk yang amik tahu. tak kisah la dr segi apa pun. mak kota girl mmg susah nak jumpa dia tu. pg dia p keje kota girl tak bgn gik. blk plak kota girl dh tdo. tp kalo betul perlu sgt2 jumpa mak mmg kota girl terpaksa tgu dia blk la.. hohoho... biasa nya hal tu kalo melibatkan duit. hehehe.. nak beli itu ini.. maksud kota girl tu buku la. kalo bab duit belanja mmg mak dh tinggal kan siap2 sblm p keje.

kat skolah mmg kota girl tak menyerlah langsung. skolah rendah la. mmg budak skolah rendah. ada rupa pun tak secantik mana n masih berhingus kata org tu. huhu.. kota girl mmg tak pandai sgt nak berkwn mcm kwn2 lain tu. diorg tu semua aktif. seingat kota girl zaman skolah rendah la kot paling tak best. dari darjah 1 smp la darjah 5. darjah 6 la baru terasa seronok skit. nak pg skolah masa tu mmg liat skit. tak de perkara yang menarik kat kota girl langsung kalo kat skolah tu. darjah 1 kat kg. mana taknya. ayah kota girl amik kota girl kat skolah tadika tanpa pengetahuan mak kota girl. huhu.. kira mcm culik gak la tu. jenuh mak kota girl mencari masa tu. siap report polis bagai. tp lepas sehari ayah kota girl bgtau jugak kat mak kota girl. untuk pengetahuan korang, mak ayah kota girl dah berpisah sejak umur kota girl 3thn lagi. huhu.

lepas sthn mak kota girl amik blk kota girl n terus sambung skolah kat bandar baru bangi. huhu.. masa tu mmg arwah atuk dah beli rumah lepas dia pencen. so mmg dah kira bermaustatin kat bandar baru bangi yang masa tu baru nak membangun. kilang pun masa tu bleh dikira dgn jari. skang ni sape yang tak tau bandar baru bangi? sejak ada nya putrajaya kat sebelah bandar baru bangi tu skang ni dah menjadi tempat tumpuan semua org dr luar. harga rumah pun dah melambung2 skang. hehehe.. kaya jap la org kalo dok kat bandar baru bangi tu. kos hidup pun bukan main tinggi lagi skang kat situ. kota girl sendiri dah rasa mcm org asing jek kalo pg ke sana. huhu.. sambung blk.. kota girl bersekolah smp la darjah 4. darjah 5 sambung blk dok ngan ayah. tp sthn jek n patah blk dok ngan mak kota girl. hahaha.. berpindah randah kan. org berpindah randah biasanya sbb ayah diorg tu tukar2 kerja. ni kota girl lain plak citer nya. hoho...

naik skolah menengah la baru terasa apa tu zaman skolah. dr tingkatan1 hingga lah separuh tingkatan 5 kat skolah menengah bandar baru bangi.. wakakakak.. kalo la ada bekas2 skolah men. bdr baru bangi tu baca blog kota girl ni kompom bleh kenai kot sapenya blog ni.. hehhe.. tapi kalo tak kenai. abaikan. hohhoohoho.. tak la menarik di tingkatan 1. tp tu la titik permulaan kota girl kenal apa itu erti berkwn. kebetulan pulak cousin kota girl pun bersekolah di kajang masa tu. cop.. masa skolah rendah dia skolah kat kg. skolah men baru dok ngan mak ayah dia kat kajang. apa sbb tak ingat plak kota girl. skolah men. ni la bleh dikatakan best skit. berlumba2 dgn kwn2 nak belajar. mmg ada geng la. seronok. masuk form 2 kota girl ditukar kan ke sebelah pg. kebetulan cuma 3 kelas form 2 tu saja yg terpilih ke sebelah pg. bukan sbb bagus atau apa. entah la. mgkn kot. tp yang pasti.... sebelah petang tu dah penuh..... so terpaksa la kami 3buah kelas ni di alih ke sebelah pg. haaaaaaaaaaaaaa... masa ni mmg lagi best. mau tak kalo dah masa ni la ada nya senior2 yg hensem2, yang cun2, yang cute, yang comey2.... hahaha.. bab kakak angkat ngan abg angkat tu jgn ckp la. glamer la kejap kota girl kan. nak2 plak berkwn dgn kwn yang mmg glemer....hohoh.... dan waktu ni la kota girl mula bercinta. hahahahha... awai ek bercinta. org soh belajar, dah gatai nak cintan cintun plak.. hoho...

ni la cinta pertama kota girl. insan ni la yang mengajar kota girl erti setia dalam bercinta. mula2 tu mmg main2 jugak la. tp bila dah 'diajar' oleh dia ni... terus kota girl insap.. hahaha.. terus jd setia... hehe.. tp nak buat mcm mana.. jodoh tak de.. bercinta lama.. ada la jugak hampir 6thn kami berkwn. tentangan hebat dr family dia. alasan nya cuma kota girl ni org negeri sembilan. nenek dia melaka n tak suka dgn kota girl. takut cucu dia kwin ngan kota girl kalo jodoh tak panjang sehelai sepinggang la kuar umah nnt. hohoho.. mana ada..... tu mmg la adat n9 tp ikut suku la kan. n family kota girl ni tak la mcm tu. rasa2nya perkara mcm tu kalo berlaku pun mgkn sbb semua harta dlm rmhtangga tu si isteri yg n9 ni tadi kot beli semua. si lelaki satu apa pun tak kuar kan duit kan. sah2 la kuar sehelai sepinggang. hahaha.. apa pun korang refer la pada yang pakar bab adat istiadat n9 ni. kota girl ni pun tak amik pusing pun bab adat2 tu.. hohoho.. malessssssssssss... leceh.. n tak diamalkan pun skang ni dah oleh family kota girl. belah mak ngah jek la kot sbb dia kwin ngan org n9.. yg lain tak de amik pusing pun.. ekekeke..

tu la kan zaman skolah kota girl. nape ek? tetiba jek kota girl citer hal zaman skolah ni. bukan apa. tingat la kan. dah tu td kebetulan la dok baca blog cousin kota girl. bagus la. mcm2 dia posting kat blog dia. pic2 anak2 dia n hubby dia. bila agaknya kota girl nak dpt gtu? huhu... kalo la boleh undur masa.. mmg zaman skolah la yang kota girl pilih. dulu pernah gak pg ke skolah men. tu blk. jauh betul perubahan nya skang ni. rindu plak. ada gak la kadang2 tu ternampak n berselisih cikgu2 skolah men kat pasar mlm kat bandar baru bangi tu, tak berani nak tegur pun. hehehe.. riso kene tanye skang ni hidup kota girl mcm mana.. hahaha.. kalo jd org yg betul2 hebat bleh la kot dok citer kat cikgu2 kan.. hehehe.. adiossssssssssss...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.