Khamis, 3 September 2009

My Story

Salam, bosan la arini.. so ari ni Kota Girl ada la byk masa kan nak update blog ni. dn nak bercerita kisah Kota Girl yang korang nanti2kan. hahaha.. yer ker nanti? kalo yang dh tau tu tak payah la.. hihihi.. ni tuk yang tak tau jek.. huhuhu..

Kota Girl ni kan dibesarkan dlm keluarga yang mcm mana ek nak ckp.. semua ada kot. kecuali ayah. mak dengan ayah Kota Girl berpisah masa Kota Girl 3thn lagi. so kami dua beradik tak kisah sgt la tak jumpa ayah pun walaupun ayah tak dtg jumpa kami.. hehehe.. kat rumah Kota Girl tu ada adik, mak, nenek, pak usu Kota Girl. dulu ada arwah atuk. tp dh meninggal masa Kota Girl umur 13thn. sedih Kota Girl masa arwah atuk tak de lagi. mau tak. dia la tempat Kota Girl bermanja. segala keperluan sekolah, apa berlaku kat sekolah, kalo Kota Girl perlukan sokongan, arwah atuk la org nya. tp tu dulu sblm arwah atuk ada. skang ni serba serbinya sendiri. mak? mak Kota Girl tu mmg susah nak jumpa. keje kilang. pg2 kul 6.30 dh tak de pegi keje. kul 12 mlm baru blk sbb OT kat kilang tu.. mana nak jumpa. nasib baik Kota Girl pandai bwk diri dan tau sedar diri mak gitu sbb nak cari rezeki tuk kami adik beradik. hihihi..

Start sekolah menengah, serba serbinya berubah. kalo masa kecik tu Kota Girl pemalu nak berkwn dengan lelaki, siap menangis la kalo budak2 lelaki dekat ngan Kota Girl ni. hehe.. tp bila dh naik alam remaja tu lain la kan.. berani la jugak. kat sekolah Kota Girl mmg aktif sukan. mmg dr skolah rendah la. sokongan dr arwah atuk la katakan. hehehe.. tp yg baik nya Kota Girl ni sbb tak la mcm pelajar2 lain sker ponteng2 skolah. pg kuar rumah pegi skolah la konon tp tak sampai pun kat skolah kan.. hehehe.. yang tak baik nya. nak ponteng skolah ponteng dr rumah. usah masuk terus ke skolah atau merayau2 dengan baju skolah tu. huhuh.. tak suker org tgk yg Kota Girl ni budak skolah. hahaha..

Kat sekolah Kota Girl ni bleh di kira dengan jari ada bape jek kwn pmpn. tp Kota Girl ni lebih sker la kan berkwn dengan senior2.. mmg dr form 2 tu dh geng dah la dengan senior2 ni.. so glemer la skit.. nak2 ada rupa skit kan. bab kwn2 pmpn Kota Girl pun sumer nya lawa2 lagi dr Kota Girl ni.. heehehhe. so dpt la skit perhatian terutama senior2 kami tu.. hahaha.. ada sorg kwn kota girl ni yang masuk ke skolah tu form 3, dia ni nama dh la sama dengan Kota Girl. cuma ada tambahan skit jek kat ujung nama dia tu. duduk dekat ngan Kota Girl. blok sebelah2 jek. oppss lupa bgtau Kota Girl ni dok Flet jek. hahaha.. kami panggil dia Kucing. sbb nya? hahaha.. sbb dia ni takut sgt dengan kucing. disbbkan rumah kami dekat slalu jugak la Kota Girl bertandang kerumah dia. bukan apa.. sbb bosan kat rumah tu dengan sikap nenek Kota Girl ni. dia bukan suka kwn2 Kota Girl dtg rumah. jgn ckp Kota Girl la. mak Kota Girl dr kecik pun gitu kata nya. tak suka org dtg rumah. tah apa pesen pun tak tau la nenek Kota Girl ni. kalo dengan jiran2 tu asyik bergaduh jek. ada jek la tak kene dengan dia. rimas tul Kota Girl. tu la sbb nya Kota Girl tak sker sgt dok rumah. paling tak pun Kota Girl dok kat skolah kat library. almaklumla pengawas perpustakaan. hehehe.. ada hari2 kene bertugas kan lepas waktu skolah tu.

So, bila dh selalu bertandang ke rumah kucing ni yang Kota Girl panggil dia adik selepas jd keluarga angkat, sbb panggil adik besday dia lmbt skit dr Kota Girl. dia plak panggil Kota Girl kakak. hahaha.. mcm belangkas la jugak kami. tp tak satu kelas kat skolah. kat skolah kurang skit dengan dia sbb tak sama kelas. cuma time2 lepas kelas tu jd geng blk la atau pun time rehat. haaa... smp skang ni tak tau la khabar berita dia. tp dgr citer dia dh ada dua anak skang ni.. sbb penah terserempak dengan dia satu hari tu kat soping kompleks kat sini. bwk anak2 dia berjln2. bahagia dh la dgr kisah dia. tak mcm Kota Girl ni. alahai......

Kota Girl tukar skolah ke tg. malim tingkatan 5, tp amik spm kat skolah lama. sejak tu mmg terpisah kejap la dengan kwn2 dn abis spm terus terpisah. sbb tukar skolah? ermm.. kes mak Kota Girl bergaduh dengan ayah Kota Girl masa tu menyebabkan Kota Girl tak boleh nak tumpukan pelajaran. mau tak. mak marah ayah babitkan Kota Girl smp tak bg duit belanja skolah.. hahahaha.. kelakar tak. paling teruk smp duit yuran tuk spm pun mak tak nak bg. salah Kota Girl sbb berhubung dengan ayah jek. adess hai... susah tul. tak pe la.. dlm sethn tu mmg Kota Girl skolah kat kg la kiranya. dok dengan opah n mak sedara pak sedara Kota Girl. diorg ni ok jek. Kota Girl pun ada sepupu yg sebaya kat situ. anak pak itam Kota Girl ni la. yg tak best nya. cousin Kota Girl yang sorg ni mmg tak sebulu dengan Kota Girl. tak tau la apa yg dia jeles dengan Kota Girl. kat skolah pun sker tabur2 citer psl Kota Girl. ishk. tp kalo berdepan tu kami ok jek.. ni kes main tikam belakang la. haaaa.. dia ni pun dh kawin jugak.. cop.. yang ni cousin belah ayah tau. hehehe.. ayah Kota Girl org tg malim. huhu...

skang ni, apa2 pun Kota Girl masih lagi hidup dengan mak. tp tak serumah la. lepas habis spm dulu terus Kota Girl bekerja. dpt jugak sambung belajar. tp mak tak de duit la nak tampung. sedih jek.. tak pe la... smp la satu hari tu dpt la keje dengan goverment ni. alhamdulillah.. smp skang keje kat sini. dh cecah 9thn pun. Kota Girl hidup sendiri kat luar. tak nak hidup sebumbung dengan mak. mungkin dr kecik tak berapa rapat dengan mak. tp tu tak bermakna Kota Girl tak pedulikan mak. rumah dekat jek. so tak de masalah nak jengok dia. huhu.. mak Kota Girl skang tinggal dengan adik Kota Girl yang manja tu. anak mak la kata kan. tak boleh la tak de mak tu kat rumah. ishk.. susah tul. susah kalo Kota Girl nak amik mak tu bawak dok sehari dua kat rumah Kota Girl sibuk jek la telefon mak. jgn kata nak bwk dok rumah Kota Girl, bwk pg berjln kejap pun asyik kol2 jek. sengal tul. mcm la tu mak dia sorang. hahahaah.. tp tak pe la.. yang penting dia sayang mak.

ok kan.. ni kisah Kota Girl sedikit la.. kalo nak tau kisah2 terbaru nnt2 la Kota Girl cerita. paling best pak usu Kota Girl dh berkawin kali kedua lepas berpisah dengan isteri pertama dulu. isteri kedua dia ni sporting. apa2 pun nasihat Kota Girl mesti cari dia. in'allah mesti tenang cara dia bg nasihat. masih ada lagi kisah ayah Kota Girl jugak. bape adik beradik Kota Girl yang sebenar.. hahaha...

adiossssssss.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.